Thursday, March 17, 2016

Tanda-Tanda Perempuan Yang Baik Maruah dan Akhlaknya

ASSALAMUALAIKUM





Sebagai seorang wanita Islam, kita sememangnya perlu untuk menjaga maruah dan akhlak kita  seperti yang disarankan dlm agama.. Macam mana cara nak jaga maruah? Salah satunya adalah dengan menutup aurat seperti yang telah disyariatkan dlm Islam dan bukannya membalut aurat. Hati-hati dengan term 'menutup' dan 'membalut'.  Ada perbezaan di situ ya.. :-) 

Iman pula menjadi asas bagi pembentukan akhlak yang mulia. Ini bererti iman seseorang itu bergantung sejauh mana penghayatan terhadap akhlak yang mulia seperti menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. Pembentukan akhlak yang mulia mestilah seiring dengan ajaran AlQuran dan AsSunnah. Orang yang berakhlak mulia ialah orang yang sentiasa bertakwa kepada Allah, melakukan kebaikan pada setiap masa dan tempat meskipun mereka berseorangan. Hal ini kerana mereka mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang tinggi serta yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi segala perlakuan mereka.

      Daripada Abu Hurairah R.A berkata, bersabda  Rasulullah SAW, "Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang paling banyak berbuat baik kepada isterinya."
[Riwayat At-Tirmizi]


Antara tanda-tanda perempuan yang baik maruah dan akhlaknya ialah :

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh ujian daripada Allah dan dalam mengerjakan perintahNya, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah.

2. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat dan kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

3. Berakhlak dengan ibu bapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah.

4. Bijak perbualannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumah tangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia. 

Sekian..Wassalam

1 comment: