Saturday, March 19, 2016

Jom Serbu Mood Republik Kedah 2016 !

ASSALAMUALAIKUM





Niena nak kasitau satu berita baik untuk semua orang utara. Apa dia tu? Ha,  ni cik nak habaq mai kat hampa semua. Festival  Fesyen No.1 Malaysia iaitu Mood Republik akan menjelajah ke Negeri Kedah pada hari Jumaat dan Sabtu minggu hadapan iaitu pada 25 dan 26 Mac ini bertempat di TH Hotel & Convention, Alor Star Kedah. So, kepada semua yang berdekatan dijemput untuk memeriahkan Mood Republik Tour Kedah 2016. Yang dari jauh nak mai pun boleh.  
Dibuka dari jam 10 pagi hingga 12 malam. Terdapat lebih 10 000 free goodies kepada 10 000 yang datang awal sahaja. Terdapat banyak butik terkenal akan turun ke Mood Republik kali ini. Antaranya ialah Rayyanhaya, Calaqisya, Aidijuma, Sugarscaft, Radiusite, Fana Couture dan banyak lagi.

Jadi, apa tunggu lagi. Jom Serbu lekas! Entah bila pula Mood Republik akan ada lagi di utara. 



Untuk maklumat lanjut, sila ikuti instagram @moodrepublik




Dipetik dari ig @moodrepublik :

"PERCIKAN TEMASYA FESYEN NOMBOR SATU MALAYSIA bakal bergema dan bergoncang dalam masa 6 hari lagi. Persoalannya adakah anda cukup bersedia mental & fizikal?

 Kedah terpilih buat kali pertama dalam sejarah sebagai tuan rumah setelah sekian lama kami tidak ke wilayah utara. Satu Alor Star dah banjir dengan Buntings, Billboards, dan Banner bagaikan esok berpilihanraya uolls. "

1 comment:

  1. Salam. maaf ganggu. ada tak group untuk information event2 expo @ karnival, utk area kedah especially? kalau ada nk request masuk group ^^

    ReplyDelete