Sunday, December 3, 2017

BERJAYA TIMES SQUARE, HERE WE GO !!

ASSALAMUALAIKUM


            Pejam celik- pejam celik, almost 3 months niena study dekat UM ni. Alhamdulillah, everything went smoothly. Lagi 3 minggu study week, lepas tu exam dan CUTIII.. Ceritanya, kelmarin niena n 2 orang lagi kawan keluar pegi Berjaya Times Square. Okay kali ni kitorang pergi jauh sikit dari UM, jauh sikit ja,( sebab ada ja mall yang dekat dengan UM, MidValley). Jauh perjalanan, luas pengalaman, right? For me, yang masih baru dekat sini, of course la nak pegi tempat yang kita belum pegi lagi. Sebab Mid tu dah 2/3 kali pergi sepanjang 3 bulan kat UM ni. (haha, takda la banyak kali sangat kan, sebab kitorang bukan yang jenis pantang cuti ja nak berjalan. Better stay UM, or join activities).

              Okay, sesiapa yang masih baru lagi kat sini (macam niena ni, huhu), dan nak tau jalan dari UM ke Berjaya Times Square naik apa, meh niena nak kongsi Hehe, excited nak share, sebab diri sendiri pun baru tahu. From UM, niena amik Grab ke LRT KL Gateway-Universiti (RM4).  Dari sini korang naik LRT ke KL Sentral (RM2). Lepastu, di KL Sentral amik monorel ke Imbi Station (RM3.10). Berjaya Times Square tu betul-betul depan Imbi Station ja. Pemandu Grab yang kitorang naik tu tya kenapa nak gi jauh, sedangkan ada ja Mid Valley. Kitorang pun cakap la itu ini, bla bla bla.( Hah, jangan lupa kasi 5 bintang kalau servis dia okey, sebab daripada pengalaman niena, diorang ada cakap yang budak U ni demand, tak nak kasi rate tinggi, bantu la diorang apa salahnya kan sebab dari rate nilah diorang dapat insentif).

            Gi BTS ni yang bestnya sebab barang-barang dia harga memang sesuai untuk students. Pastu banyak juga restaurants. antara salah satu sebab kitorang keluar ni ialah nak carik makann.. huhu.. (macam la dekat UM tu takde kedai makan kan?) kitorang teringin nak makan Korean Foods. So, kitorang pegi la DubuYo. Niena pesan Spicy Seafood Ramyeon, kawan niena pulak amik Spicy Topokki and Jjajangmyeon. makan memang tak habis walaupun kitorang share. sebab bagi niena, makanan dia cepat kenyang dan cepat jemu kalau amik dalam kuantiti banyak. Lagi satu, maybe lidah melayu kot. huhu. tapi overall bolehla makan, lepas tekak juga.
        
Yang paling sedap Spicy Seafood Ramyeon


           Lepas makan, solat kitorang carik barang sikit. Lepastu balik. Bila naik monorel kat Imbi Station, baru perasan kitorang salah naik tren yang ke arah lain, maksudnya kitorang pegi ke last station Monorel dekat Titiwangsa then baru patah balik ke KL Sentral. huhu. Sepatutnya kitorang naik terus je ke KL Sentral. But Alhamdulillah, sampai jugak kitorang balik UM. 



         


2 comments:

  1. Semoga awak terus sukses dalam pengajian dan dipermudahkan semuanya.. Keep fighting sis..

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam pengajian dan bidang yg di ceburi sekarang


    https://www.celikvitamin.com/blog/pengedar-youth-skincare-shaklee-seluruh-malaysia-sabah-sarawak/

    ReplyDelete