Thursday, May 19, 2016

Pengalaman Sewaktu Ujian JPJ :)

ASSALAMUALAIKUM







Alhamdulillah, dalam entry yang lepas, niena ada share pengalaman sewaktu belajar memandu. Pasti semua ada pengalaman masing-masing kan?
Kalau sudi, sharelah dekat ruangan komen entry niena yang lepas :)
hihihi

Harini, niena nak share pulak pengalaman sewaktu ujian JPJ. Sebut ja JPJ, mesti cuak, ye dop?
Same goes to me :-P
Hari Khamis lepas, hari niena ujian JPJ. Dah seminggu la kan..
Nak tahu niena lulus ke tak, jomla baca sampai habis :)

Okey, jom mula cerita....
..
..
..
..
..
..

Cikgu pesan hari test JPJ tu, datang pukul 7.50 dan terus jumpa dia dulu. Haritu, yuni ajak pergi dengan ayah dia. Okay, no problem. Dalam pukul 7.35 pagi gitu kami sampai dekat IKMP.
Waktu kami sampai, takda orang pun lagi yang datang( I means, students), pekerja dekat situ ada yang dah datang.
So, niena cakap dekat yuni...

"Awainya kita mai, takda orang lagi, eksaited "

Jadi, kami pun pergi la duduk dekat kerusi batu.
(tempat biasa)

Sambil tu sembang-sembang pasal RPK dan PSM, dan cuba ingat balik step-step parking, daki bukit dan sebagainya. Walaupun pegawai JPJ tak nampak pun lagi, tapi niena dah nervous dah.
Teringat pesan mak niena supaya selalu baca :
Rabbi yassir walatu'assir
supaya Allah memudahkan semua urusan kita :)

Nak dekat pukul 8, cikgu pun datang. Kami pun pergi kat cikgu untuk setelkan hal yuran..
Then cikgu pesan amanat tu, amanat ni, kepada kami dua dan ada dua lagi budak lelaki yang dia ajar.
Lepas tu kami pergi daftar dan ambil jaket kaler hijau( macam nak kuning :P ) untuk calon baru..
Calon ulangan jaket kaler oren.
Cuba teka niena dapat nombor berapa?
.
.
.
.
.
.
.
.

niena dapat nombor dua....
Huaaa..
Nerbesnyaaa

Dah dapat jaket, kami pun masuk bilik kuliah, ada taklimat sikit.
Dalam pukul 9 pagi, kami ke tempat menunggu. Semua calon niena tak pasti berapa orang.
Mula-mula, 8 orang ditetapkan untuk buat ujian bahagian jalan raya dulu ( 3 calon ulangan dan 5 calon baru ) 
Yang lain pergi buat litar..
Kereta untuk jalan raya pakai kereta Viva manakala dekat litar kereta Kancil..
Semua ada 4 kereta Viva..
Sambil tunggu giliran, niena tak habis-habis dengan nervousnya..
siap suruh yuni cubit lengan lagi..
Betapa tak percayanya diri ini bakal ditest JPJ sebentar lagi..
:-P

Okehh, dah sampai turn niena..
No.2 dipanggil !!

Calm down, niena!
Just relax, okay!





Bismillah...

Niena pun masuk dalam kereta..
Pegawai JPJ tu lelaki, dalam 30-an kot..Tengok cam muda gi..
niena pun serahkan borang penilaian kpd Pegawai JPJ tuhh..

Memandangkan kereta dah dihidupkan, niena pun tanya la pegawai JPJ tuh :
( nerves nih )

" Nak matikan enjin dan start semula ka? "
" tak payah, teruskan ja "

Fuhh, legaa..

Then, niena buat la Pemeriksaan Sebelum Memandu (PSM)
Dah siap pakai tali pinggang semua, niena pun bagi signal kiri (sepatutnya signal kanan)..
Dah tersedar, baru la tukar ke signal kanan. Nasib dia tak tegur.
Fuhhh lagi!

Bagi signal kanan, tengok belakang, then jalan..

Hah, ni satu hal lagi..

Niena dah tekan minyak, angkat clutch perlahan-lahan tapi tak habis la niena angkat sebabnya kalau kereta kancil yang selalu niena bawak tu,  walaupun angkat clutch sedikit dah jalan.. Kereta Viva nih niena angkat clutch sikit ja dia tak jalan. Then niena cek la gear 1 masuk ke tak..Dah masuk! handbrake cek jugak..Dah diturunkan..Kenapa tak nak gerak-gerak?
Adoyai..
Then, pegawai JPJ tu kata :

" Tak perlu tekan minyak, angkat ja clutch sampai habis "

Okey, niena try buat. Dah boleh ! 
Yeay..
Kereta pun bergerak dengan jayanya..
Ni first time kot bawak kereta Viva.
Time belajar kereta kancil jaa..

Lepas tu, niena tukar ke gear 2.
Tapi rasa laju semacam jek..
Entah-entah gear 4 niena bedal !!
Kohkohkoh
:)

Asalnya, niena dapat jalan C, ada roundabout. Jalan A pun ada roundabout. Cuma jalan B ja takda..

Then, pegawai JPJ tu tanya :

" Dalam hati kamu nak pergi jalan mana? "

Niena yang tengah fokus memandu nihh, tak berapa nak dengar la pulak apa yang ditanya.
Dengar perkataan ' hati ' ja..
Aihh, apa pulak  ' hati-hati ' nihh..
kehkehkeh..
:-P

I said :

" Ha ? "

" Dalam hati kamu tu nak pergi jalan mana "

Dia ulang lagi..hehehe

Ohh, nak pi jalan mana.. :)

" Kalau boleh, nak pi jalan B "
hehe, sebab takda roundabout

" Okey, pergi jalan B "
 
Huhh, biar betul!
Horayyyy..
Alhamdulillah

Niena cakap, terima kasih, tapi taktau dia dengar ka tak, sebab perlahan ja niena cakap..
:)
Jom ke jalan B..

Sambil-sambil tu dia ada tanya result SPM dapat berapa..
Mintak universiti mana..
niena pun jawab la itu ini..
kadang-kadang apa yang dia cakap masuk telinga kanan keluar telinga kiri..
hahaha
sebab kita lebih fokus memandu!!
:-P

Pastu dia ada tanya mintak apa lagi..
niena jawab matrikulasi, upu

Pastu dia dok cerita pasal matrikulasi :

" Masa zaman abang dulu, ....... .... "

Haha, sebenarnya tak dengar sangat apa yang pegawai JPJ tu cakap.

Dah separuh perjalanan, Pegawai JPJ tu tegur :

" Tangan tu letak macam mana? "
Dia nak kata niena pegang stereng tak betul la tu..
kohkoh
Pastu niena ubah, sampai la dia kata :

" Hah, macam tu. Tu la tadi belok tak stabil. "
Eheh, hahaha..ya kah?

Okey, kita pun bawak la kereta dengan penuh berhati-hati lagi berwaspada..
Ceh, ayat!

Sampai la time nak belok nih,
time belok, sepatutnya kita kena ambil line kiri, and then baru masuk line kanan kan?
Disebabkan niena teralik tengok kanan sewaktu simpang 3, sampaikan waktu nak belok kiri terus niena ambik line kanan? Faham dop.
Eheh..pening sikit..

Macam ni, niena kena belok kiri.
Dah belok tu, niena terus ambik line kanan..
Sepatutnya kena ambik line kiri dulu.
Hah, Centu!

Pastu niena cakap dengan muka cuak:

"Allah, tersilap lorong pulak "
Niat nak cakap tu kat diri sendiri, perlahan ja..

Tapi pegawai JPJ tu dengar la pulak and cakap..

"Hah, tau pun"
Kehkehkeh..

Lepas tu terus niena diam..
Dalam hati,
' aku lulus ke tak nih..'
Cuak..
Nervous..

Akhirnya, sampailah kami ke IKMP..
Sebelum turun, pegawai JPJ tu bagi borang penilaian tu kat niena.
Niena pun ucaplah terima kasihh..

Fuhh, finally tamat juga ujian jalan raya..
niena tak tengok lagi lulus atau tak..

Ada ramai calon yang dah selesai buat ujian litar sedang tunggu giliran untuk ujian jalan raya..
niena yang tak tahu apa-apa ni, berjalan la ke tempat ujian litar. Sambil-sambil tu, tengok la borang tu.
Cer teka, niena lulus ka tak?
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..

Alhamdulillahhh
Lulus !!!!
Baiknya pegawai JPJ tuhhhhh..
Thank youuu very muchh !!!






Tiba-tiba, dalam keseronokan tu, niena terdengar jeritan :

" Nombor 2 "

Eh, akulah tu kan?

Rupa-rupanya, sebelum ke ujian litar, niena perlu serahkan dulu satu salinan borang penilaian tadi..
Adehhhh!!
Dengan malunya, niena pun berjalan ke pondok tadi..
Mau tak malu, dah la ramai orang kat situ..

Okey, dah selesai part ujian jalan raya, niena ke tempat ujian litar.

Kat sana, kena buat Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK).
Niena pun cek la yang tu, yang ni..
Tak sempat habis pun sebenarnya cek tu, terus pegawai JPJ perempuan tu suruh buat ujian litar.

Okay, jom kita buat!

Tenang, niena tenang..

Masuk dalam kereta kancil, pakai seatbelt, masuk gear 1, lepas handbrake..
Bismillah..
Jom daki bukit!

Alhamdulillah, boleh!
Sepanjang latihan tak boleh pulak..
Waktu test boleh..
Apapun niena bersyukur sangat..

Part ujian litar, niena taknak cerita banyak.
Sebab tak menarik sangat pun.

Dah selesai ujian litar, niena ke tempat ambil keputusan untuk ujian litar.
Sambil-sambil tu sembang dengan yuni sementara menunggu giliran dipanggil.
Dalam hati berdoa supaya lulus kedua-dua bahagian..

Alhamdulillah, ujian litar pun lulus!
Syukurr sangat..

Sebelum ni niena tak yakin, akan lulus kedua-dua bahagian.. Sebabnya waktu latihan pun bukan buat elok sangat..
Niena selalu berdoa untuk lulus satu bahgian pun takpa kalau tak boleh dua-dua bahgian.. at least masa retest buat satu bahagian ja..sebab niena ni kecik ja..tinggi pun dalam 141cm jaa..
hakhak.. 
tak yakin boleh memandu..:-P
Tapi, Alhamdulillah..
Macam tak caya ja dah ada lesen moto dan kereta :)
lepas ni boleh drive 
yeayy..






Tunggu next entry tentang tips-tips berguna sewaktu
 belajar memandu dan test JPJ yaa
:)
Setakat ni ja entry kali ni
Selamat malam



Sekian, wassalam..


*share la pengalaman anda :)

12 comments:

  1. hahahaha..adoiiii..Mimi pulak yg nebes bca..Kikiki..Mimi masa jln raya tu en jpj pn tnya byk soalan juga tp msuk telinga kiri keluar telinga kanan..wkwkwkw..Dah siap jln raya jpj tu siap pesan "Nanti kat litar buat baik2 ye"..dia ckp mcm tu mungkin sbb kt jln raya Mimi dpt 64 je..Klu dpt 63 konferm dh gagal..kiki

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tahniah da lulus test jpj, hehe

    ReplyDelete
  3. wah tahniah dah ada lesen...
    teringat jugak pengalaman masa ambil lesen dulu
    mmg cuak jugak tambah bahagian nak naik bukit tu..heheh

    ReplyDelete
  4. hahaha dulu masa nama dipanggil utk buat test atas jalan raya bukan main nervous lagi,lpas tu masuk lah dalam kereta tawakal jelah,first2 dah hidupkan enjin & perlu undur sikit,2 kali kot try undur tapi kereta mati pulak rupa2nya handbrake tak diturunkan hahahahaha malu cisss nervous sgt xD

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah dah lulus..legakan

    ReplyDelete
  6. Haha..saya baru ja lulus test jpj hari ini..memang neves sgt. Tapi jpj kt bukit tu siap bg tunjuk ajar lagi. Sebab tayar dlm 50% ja masuk line kuning. Kalau undur mmg gagal. Tapi..syukur..lepas jugak..parking,3penjuru,Z n S..lepas semua. Test kt jln raya pulak..dpt jpj yg baek punya. Ajak bercerita pulak. Smpi la balik kat akademi memandu..haha

    ReplyDelete
  7. 30/12/16 ni.. sy ada jpj.. harap sgt lulus smua ujian.. �� nebesssss trukk ni .. smpai google "ujian jpj 2016". hahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama 30/11 ni jpj jgk.. nervous nak bkk bonet dpn kreta ni . xtw ap dlm tu.. ska lpa. haha

      Delete
    2. sama 30/11 ni jpj jgk.. nervous nak bkk bonet dpn kreta ni . xtw ap dlm tu.. ska lpa. haha

      Delete
    3. gud luck deh.. sama la mcam sya dlu..nervouss (^_^)

      Delete
  8. Sy pula nak test jpj minggu depan selasa nanti.byk benda nak ingat, pening btl..

    ReplyDelete