Wednesday, May 18, 2016

Pengalaman Belajar Memandu...

ASSALAMUALAIKUM





Hai, tengah buat apa tu? Hikhik..mestilah tengah baca entry ni, ye dop? Memandangkan dah ramai yang buat entry pasal pengalaman-pengalaman diorang nih, so niena nak la jugak share pengalaman niena semasa belajar memandu dan bila test JPJ nihh..Sebelum nie niena ada jugak search dan baca pengalaman-pengalaman bila belajar memandu, dan experience diorang waktu kena test dengan pegawai JPJ. Macam-macam yang niena baca, boleh la dijadikan panduan, kan? 




Okeh, mula-mula nak belajar memandu nih, mestilah kita kena hadir Kursus Kurikulum Pendidikan Memandu KPP 01 selama 6 jam.. alaa, macam kita masuk kelas dan akan ada orang yang akan berikan ceramah pasal memandu-memandu ini.. Then, sebelum kelas tamat, kitorang mesti pilih tarikh untuk Ujian Komputer. Niena masuk kelas ni dalam hujung bulan Febuari gitu dan ujian komputer minggu depannya..
Alhamdulillah, ujian komputer niena dapat 49/50..Lulus! Niena macam biasa la pegi dengan Yuni. Yuni pulak dapat full mark, 50/50. Wuu, Tahniah!!
Selesai buat ujian komputer, kami pun pergilah serahkan keputusan untuk buat lesen L.

15 April hritu, barulah niena dan yuni dapat belajar memandu. Cikgu tu call kami kena pergi pkul 9 pagi..Kami sampai sana dalam pukul 8.45 pagi, Kami dapat cikgu yang samaa,,yeayy! Cikgu Ismail..sebab sebelum tu memang kami mintak untuk belajar dengan cikgu yang sama. Senang nak pergi sekali naik moto..
Dah sampai tu, kami pun duduk la dekat kerusi batu yang tersedia.. Dah pkul 9 lebih, cikgu tu tak datang-datang lagi. Actually, niena dgn yuni tak kenal pun cikgu tu yang mana. Hah, sudahh!!
Kami pun buat la rileks sembang-sembang, nak pergi cari tak tau cikgu mana..
Then ada sorang cikgu nih tegur kami, tanya kami dapat cikgu mana. Pastu kami cakap la nama cikgu tu( kami sebenarnya tak comfirm pun nama cikgu yang ajar kami). Dia cakap kenapa tak cari dia. Hah, sentap!! rupanya cikgu yang tegur kami tulah yang bakal ajar kami nanti.!!Memang kami dah diberitahu dulu yang cikgu Ismail yang akan ajar kami, tapi kami ingat tak komfem lagii.. Kami pun buat blurr laa...
huhu..
Then dia suruh tunggu kat satu tempat. Sambil jalan pegi sana, niena cakap dekat yuni

" Aduh, baru first day dah kena marah"
"Hah, tu la "

Nak buat macam mana. Bila difikir-fikir memang salah kami punn..
So, nanti korang ambik tahulah siapa yang ajar orang yee..

Dah sampai kat tempat tu, kami diajar tentang RPK dan PSM. Lepas tu, niena kena bawak kereta pergi jalan raya..Huh, jalan raya >_< Dah la sebelum ni, brek kaki yang mana satu, clucth yang mana pun tak tahu :-/ nasib la tadi ada tanya yuni wantu sembang kat kerusi batu..Waktu niena bawak, Yuni tunggu kat ikmp dan begitulah sebaliknyaa..niena belajar dalam sejam gitu, then yuni pulak belajar, niena tunggu dekat IKMP..
Semua 10 kali kami pergi belajar, dalam 10 jam la (lebih kurang). Lepas tu test JPJ..




Time belajar ni pulak, ada dua bahagian, jalan raya dan litar. Jalan  raya bagi niena okay sedikit berbanding litar. Di litar, bahagian yg niena paling ngeri ( poyo ayat ) ialah dekat mendaki dan menuruni bukit. Fuhh.. Kalau kat sini memang berpeluh-peluh buat.. Sepanjang niena pegi belajar 10 kali tuh, takda pun sekali yang niena dapat naik dengan jayanya. Mesti nak terundur ke belakang jugak..Cuba berkali-kali baru boleh..
Apa masalahnya pun niena tak tahu..Bila niena nak lepas handbrake, kereta tu turun bawah balik.. Sampai tension betul bila time nak daki bukit tuhh... Rasa macam betul dah step yang cikgu ajar niena buat.. Alahai... Takut woo..Cikgu tu pulak tak berapa nak friendly sangat, lagi la niena cuak!!
 Rasa frust je bila tak dapat nak daki bukit tu. Rasa macam nak stop ja belajar memandu ( dulu kemain semangat nak belajar )  kohkohkoh..
Tiga hari sebelum ujian JPJ, niena mintak cikgu tu tunjuk semula cara yang betul nak daki dan turun bukit.. Cikgu tu cakap maybe niena tekan minyak tak cukup..maybe la..sebab bila try semula apa yang cikgu gitau, okey baru boleh..Fuh!!Legaaa....




Time parking sisi, Alhamdulillah much better than daki bukit...pergerakan tiga penjuru pun Alhamdulillah okay jugak walaupun kekadang senget sikit..( kihkihkih).. first time buat selekoh S sesorang, rasa macam nak langgar tembok ja, ( I kan pendek, tak nampak depan) kihkih, tapi okey lagi dari selekoh tajam ( selekoh Z).. Selekoh tajam ni tak pernah la lagi langgar tembok..Alhamdulillah..Asal ikut apa yang cikgu ajar ye..tapi everytime nak buat selekoh tajam tu rasa la berdebar-debar jugakk..( Arghhh niena, semua kau berdebar-debar )

Nak belajar memandu ni memang kena sabar, dan ingat apa yang cikgu ajar. Sabar dengan cikgu bila kena marah, sabar bila kita buat tak menjadi, sabar untuk segala-galanya lah..Step-step yang cikgu ajar tu penting okayy!!

Alhamdulillah, Khamis lepas niena kena test JPJ. Tunggu entry  seterusnya tentang pengalaman niena sewaktu hari test JPJ serta tips-tips berguna semasa belajar memandu yaa...InshaAllah
^_^

Sekian, Wassalam..

*share la pengalaman anda... :)

2 comments:

  1. hahaha..cuak woii..Syukur..Mimi dari first smpai dpt lesen P sekali je hanya test komputer je 2 kali.Time belajar memandu tu everything was ok hanya part parking je x dpt nak tangkap apa cikgu tu explaint..kiki

    ReplyDelete