Thursday, October 26, 2017

PROJEK YUSUFF KK 12 UM

ASSALAMUALAIKUM


Selamat pagi! 
Sedar tak sedar dah nak dekat 8 minggu  berada di UM ni.. dua bulan sudah, esok dah mula cuti mid sem. and selalunya minggu nak balik rumah tu la minggu paling sibuk, hah contohnya macam minggu ni lah, banyak benda kena setel, dengan assigments makin bertingkat-tingkat dan kuiz lagi. tapi kalau kos niena, tak banyak sangat kuiznya,  minggu2 macam ni mesti  nampak buku dekat tangan  pelajar punya , dalam bas, di kafe, dekat bus stop etc.. hehe normal la tu... tu belum final exam lagi..



okey, entri kali ni niena nak cerita tentang projek kolej 12 yang niena join, Projek Yusoff..Projek Yusoff ni merupakan kelas rakyat untuk pelajar keciciran berumur 10-13 tahun dari PPR Pantai Ria KL anjuran Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah UM. 
kelas tuisyen ni diadakan setiap Isnin dan Rabu, pada pukul 8 malam. dan pada setiap malam akan ada 10 orang sukarelawan yang bertugas untuk mengajar mereka. sukaralewan ni terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UM KK12 yang terpilih sewaktu iv projek ni haritu. ada berpuluh jugak la sukarelawan semuanya.

Sukarelawan yang bertugas pada 25/10/2017


Matapelajaran yang diajar adalah Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. dan setiap cikgu ada yang dapat seorang murid dan ada jugak yang dapat dua orang. First turn niena ajar diorang ialah Rabu minggu lepas. perasaan nak ajar diorang tu excited+nervous. hehe, cikgu plak yang nervous dari anak murid. alah, first time kan memang macam tu. second time niena ajar ialah semalam. sejujurnya niena cakap, memang best buat aktiviti macam ni, ajar kanak-kanak, walaupun first time niena tak tahu perangai lagi diorang macam mana, tapi lepas dah ajar tu rasa macam nak ajar dan terus ajar lagi. serious talk.. dah jatuh sayang dengan adik-adik ni walau jumpa baru 2/3 jam..
sebolehnya, kita nak bantu diorang supaya boleh berjaya pada masa depan. diorang ni bijak2 ja semua cuma perlu selalu diasah dan terus buat latihan.. tu yang niena nampak. kesungguhan yang diorang tunjukkan untuk datang ke kelas ni pun dah merupakan satu pencapaian yang baik. 







Dan InshaAllah kalau diberi peluang lain lagi, teringin sangat nak join program2 seumpama ini, menjadi sukarelawan, membantu sesiapa saja yang memerlukan bantuan..

Dan terima kasih juga diucapkan kepada pemberi2 sumbangan makanan setiap kali kelas diadakan. Allah saja yang dapat membalas jasa kalian semua.

Untuk mengetahui lebih banyak lagi mengenai projek ini bolehlah melawat ke Facebook Page rasmi Projek Yusoff :

https://www.facebook.com/ProjekYusuff/ 

Sekian, Wassalam.

3 comments: