Sunday, September 17, 2017

MINGGU HALUAN SISWA UNIVERSITI MALAYA 2017 !

ASSALAMUALAIKUM


        Memandangkan sekarang ni musim kemasukan pelajar baru degree, ramai bakal siswa dan siswi yang sibuk menguruskan urusan pendaftaran masing-masing, termasuklah saya sendiri. Alhamdulillah, 3 September lalu telah selesai urusan pendaftaran. Dah selesai urus bilik semuanya, aktiviti seterusnya tak lain tak bukan mestilah minggu orientasi. Cuma di UM ni, minggu orientasi dia dikenali sebagai Minggu Haluan Siswa (MHS). Ya la kan, minggu di mana siswa dan siswi bakal mengenal pelbagai perkara baru, bagaimana nak bawa haluan, kenal itu ini. Minggu Haluan Siswa ni berlangsung selama 6 hari bermula hari Ahad hingga hari Jumaat. Saya dapat tinggal di Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) yang merupakan kolej terbesar, teramai, dan berbagai ter lah..hehe.. dan dengarnya kolej ni mewah sikit. Ada lif, satu bilik 2 orang. Kk ni juga dikenali sebagai ROYAL.

*mafla royal


     Hari pertama MHS, Alhamdulillah tak banyak aktiviti sangat. Aktiviti pun start pukul 2, so ada gap pelajar dengan ibu bapa pada waktu pagi, melepaskan rindu, acewah. Bagi yang first time tinggal di hostel, ofcoz ambil masa nak sesuaikan diri setelah keluarga pulang ke kediaman sendiri. Aktiviti pukul 2 ialah kami dibahagikan kepada 17 kumpulan (dipanggil sel). Jadi, kami selesaikan urusan penyerahan dokumen pada waktu tu dibantu oleh PM, Pemudahcara Mahasiswa (bukan Perdana Menteri ye). PM ni macam fasilitator la. Sebelah petang pula kami belajar cheers khas KK 12 untuk compete dengan KK lain. Pelbagai jenis cheers yang PM2 ni ajar, banyak step jugak la. First day agak sukar nak catch up, but bila dah 2 3 hari, dah boleh follow apa yang diorang ajar. Malam pulak kami ada LDK (latihan dalam kumpulan). Tengok PM-PM ni buat cheers semangat ja, tak tahu la diorang ni ambik masa banyak mana untuk berlatih cheers2 ni semata-mata untuk menjayakan MHS, Nampak kesungguhan mereka untuk meraikan freshie2.

        Hari Kedua MHS kami semua bergerak ke Dewan Tunku Canselor (DTC). Semua kolej kediaman berkumpul di sini. Kalau program berkait dengan semua kolej kediaman selalunya diadakan di DTC dan kalau hanya program melibatkan kolej kediaman so program diajalankan di dewan kolej kediaman masing-masing. Ada pelbagai taklimat yang diberikan di sana. Hari ketiga adalah hari yang paling best. Sebelah paginya ada Perasmian Minggu Haluan Siswa di DTC. Dan sebelah malamnya ada Malam Integrasi di DTC. Malam integrasi ni best juga, sebabnya dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Haji Aznil Nawawi aka Pak Nil iaitu Alumni UM sendiri. Talk yang diberikan oleh Pak Nil memang best, memberi motivasi, sebabnya beliau menceritakan kisah hidup beliau dari kecil serta bagaimana dia boleh berjaya. Serius meriah, dengan setiap kk mempersembahkan cheers masing-masing lah, semua taknak kalah. Suasana di dewan memang bingit dengan suara penuh semangat dari setiap kk melaungkan cheers.



        Hari keempat juga berlangsung di DTC. Pada hari tersebut kami semua diperkenalkan dengan SUKSIS dan PALAPES serta berbagai-bagai taklimat lagi. Hari kelima pula kami ada program di fakulti masing-masing. Kalau saya, di Akademi Pengajian Islam (API). Di sana, ada taklimat dari Pengarah API, serta kami diajar untuk mendaftar subjek. Alhamdulillah semua subjek saya sudah selesai didaftar kecuali subjek Bahasa Arab. Berkali-kali kami turun naik Pejabat Ijazah Dasar untuk meminta dibukakan kuota tambahan, tapi masih belum jugak selesai.. Sedih jugak la rasanya. Untuk hari yang kami free, kelas Bahasa Arab dah penuh kuota. Dan ada juga kelas yang belum penuh tapi masanya pulak clash dengan kelas lain. Nak ubah jadual takut kita punya kelas diambil orang pula..huhuhu..semoga hal ini dipermudahkan Allah..

         Hari Jumaat 8/9 adalah hari terakhir MHS. Sebelah pagi ada sesi perkongsian daripada Klinik Kesihatan, Keselamatan, Bendahari, Perpustakaan, Sukarelawan UM dan UMEC. Dan sebelah malamnya adalah detik yang ditunggu-tunggu. Malam Persembahan dan Penutup MHS. Pertandingan cheers antara kolej-kolej kediaman dan juga penyampaian hadiah pertandingan sukan dan seni. Waktu ni memang semua kolej kediaman berentap habis-habisan melaungkan cheers masing-masing. Bingit memang bingit. Semua cuba mengeluarkan suara sehabis mungkin. Memang Nampak la semangat kepasukanan di situ.

*malam penutup MHS





          Alhamdulillah ROYAL (KK12) iaitu kolej kami Berjaya memenangi juara keseluruhan bagi kategori seni. Manakala Dayasari (KK5) memenangi juara kesuluruhan bag kategori sukan. Dan juara pertandingan cheers yang ditunggu-tunggu menjadi milik KK2. Memang nampak la semangat diorang tu melaungkan cheers. Tak apa, walau apapun ROYAL tetap di hati.

        Dulu, setelah dapat keputusan masuk UM, agak tertanya-tanya la bagaimana orientasi berlangsung. Rasa tak nak join ja orientasi. Biasa la, bila sebut ja minggu orientasi mesti terbayang-bayang kena ragging dengan fasi-fasi, tak cukup rehat, tidur lewat bangun awal, makan pun kalut-kalut, mandi tak basah, banyak aktiviti dan sebagainya. Tapi, bila merasa sendiri bagaimana MHS UM berlangsung, memang best, banyak pengalaman. Dan yang pentingnya takde la kena ragging sangat pun terutamanya di KK12 ni. Heheehe..


         Cuma, pesan saya yang masih lagi budak freshie ni ialah kita mesti pandai jaga diri. Kat sini baik dan buruk kita mesti pandai tuk bezakan. Kalau berkawan tu, pilihlah yang boleh bawa kita kearah kebaikan bukannya kearah kemaksiatan. Ikhtilat lelaki dan perempuan mesti selalu dititik beratkan. Walaupun kita terpaksa banyak bekerjasama dengan berlainan jantina dan agama sehabis boleh cuba jaga pergaulan. Cuba praktikkan apa yang kita belajar agama tak kisahlah walau waktu sek menengah pun, at least ada juga manfaat yang korang belajar dulu yang dapat korang amalkan. Alam universiti memang tak sama dengan alam persekolahan. Absolutely, NOT!

Pesan Ustazah Syukriah, Pensyarah di UM Nilam Puri, pesanan yang akan tersemat di hati selamanya, InshaAllah :
“Kamu duta Islam, syukurlah kamu. Allah pilih, besar ganjaran dan besar  juga cabaran. Jaga status kamu sebagai muslimin dan muslimah. Kita join tapi ada had batasannya. Jangan kita tak bekerjasama tapi tunjukkan Islam itu ada batasan hadnya.”

Sekian wassalam..

1 comment:


  1. Bismillahir Rahmanir Rahmanirahim

    https://keep.line.me/s/e3CDyq3Xh6tfeqo-Q1f-HigFRyCYa00QAvqdfwTEsuI

    Salam dan renungan

    Web: almawaddah.info

    Kepada;

    Yang dihormati Para rektor universiti, para akademik dan para mufti.

    Tun, Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan.

    Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sebagai kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah.info

    1. Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya?

    2. Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?

    Terima kasih dan 'afwan.

    Daripada;

    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.







    .....

    ReplyDelete