Monday, August 7, 2017

MY NEW PROJECT !

ASSALAMUALAIKUM


Apa habaq semua?  Harap-harap semua sihat dalam lindungan Allah, InshaAllah.. Lama dah niena tak update entri baru. Bersarang habeh dah blog ni. Huhuhu.. idea nak tulis tu banyak, tapi nak type tu, ya ampun terasa malas yakmat…😀😀 muehehe.. niena banyak dah ketinggalan giveaway and segment yg super best, blogwalking etc..

Dah nak dekat 3 bulan niena cuti, duduk kat rumah ja, so I thought of some new projects! and guess what? SEWING ! yes, I did it ! 😍 dan kali ni niena nak buat barangan kraf yang comel2 tu dari kain felt. Jadi, niena pun search la cara nak buat dia, bahan dia, cara jahitan dia dari pak cik google. Rambang mata tengok design2 keychain cartoon yang kiut miut tu. 😍

So, niena pun start gi cari kain felt tu. Dekat sini susah sikit nak cari kain tu, dan niena pun tanya la kawan-kawan niena, mana tau kot depa tau kat mana nak cari. And Anis said, gi cari kat kedai Liu Emporium kat Kangar. Yap, kat sana memang ada tapi dia dah potong siap-siap saiz A4 ja. Jadi kalau nak buat bentuk yang lebih besar macam beg or anything, tak boleh lah. Niena pun pilih la kaler lawa-lawa. Nak dekat 7/8 keping jugak beli. Mak pesan jangan beli banyak-banyak sangat, satgi tengok-tengok tak buat pun. Hahaha.😴 Dah tau dah perangai anak dia ni, buat sesuatu cepat jemu then, tinggal situ ja benda tu.

Balik rumah dengan semangat berkobar-kobar ala-ala tentera *ceh over ! kita pun start la project tu. Belajar jahitan insang pari dari pak cik google susah sikit nak catch up, jadi niena belajaq dari my mom. Lepas dah belajaq, tup-tup eh senang ja jahitan ni. Tengok macam susah. Tu la, tak belajar tak tahu. Dah belajaq terus tahu!

Hasilnya, macam ni la..takda la kemas mana tapi boleh la untuk beginner macam niena ni..huhuhu..jangan banding dengan yang expert bab2 jahitan kraf felt ni pulak…hahaha..saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan eh? 😗


Yang bentuk owlie tu niena letak powerbank..
 Jahitan tepi-tepi tu la namanya jahitan insang pari..


Yang ni pulak niena letak tab...
Okeyla, setakat ni saja. Wassalam.. 

2 comments: