Sunday, October 9, 2016

Da'i Niezal, Juara Da'i Pendakwah Nusantara

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Alhamdulillah, Program Da'i Pendakwah Nusantara 2016 telah melabuhkan tirainya sebentar tadi. 
Sebanyak tiga orang da'i yang berjaya sampai ke peringkat akhir telah melakukan persembahan sebaik mungkin.




Tahniah diucapkan kepada semua da'i yang telah terpilih untuk menyertai rancangan Da'i Pendakwah Nusantara sebagai medium untuk berkongsi ilmu dan melatih bakat masing-masing.
Rancangan da'i Pendakwah Nusantara bukanlah rancangan untuk mencari juara pertandingan semata-mata, tetapi sebagai medan untuk melahirkan lebih ramai pendakwah untuk menyampaikan  ilmu serta menegakkan kebenaran. 










Alhamdulillah dan Tahniah kepada Da'i Niezal yang muncul sebagai Juara Da'i Pendakwah Nusantara 2016 dengan membawa pulang wang tunai RM50,000 , 2 pakej umrah dan barangan Almas.
Ceramah yang disampaikan amat menarik pada pandangan saya,
sangat tenang ketika menyampaikan ceramah.
Semoga terus berjaya menjadi pendakwah yang hebat di luar sana.

"Mari Mengaji, Kita Tarbiyah Diri"








Tahniah juga diucapkan kepada Da'i Nasrul yang muncul sebagai Naib Juara dan Da'i Saiful yang mendapat tempat ketiga.
Semoga dapat menyebarkan dakwah dengan lebih meluas tanpa pernah merasa penat dan jemu.

Tidak dilupakan juga kepada Dai Hazman yang terpilih sebagai Da'i Pilihan Almas serta Dai Syed  yang terpilih sebagai Da'i Pilihan Youtube. Tahniah diucapkan.
Diharap Program Da'i ini akan terus diadakan pada setiap tahun kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada rancangan ini.

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment