Wednesday, October 26, 2016

Cepatnya dah masuk Sem 2...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar dah habis dah cuti semester pertama hampir 3 minggu..
Sekejap dah habis 1 sem tapi rasa macam baru ja daftar masuk sini..
Dalam dok homesick teringatkan rumah, Alhamdulillah, selesai jugak 1 sem..
huhuhu....

Sepanjang cuti sem haritu, niena just bukak blog, tapi tak update new entry pun.
sebabnya tak da mood nak blogging, nak habiskan masa-masa yang ada kat rumah..
Nanti dah masuk sem 2, lambat lagi nak boleh  balik...
Waaaaaaa :-'(

Sekarang dah masuk minggu pertama sem 2. Masuk je hari first sem 2 haritu, kebanyakan pensyarah asyik bercakap pasal result exam..
Mengikut kata pensyarah, kebanyakannya result exam batch kali ni agak menurun dari batch lepas..
Wahhh,, cuaknya nak tahu result nihh..
Dengar khabar result keluar esok petang, nevesnyaa nak tau result untuk first semester..
Doakan niena ehh..

Biasalah baru masuk minggu first sem baru ni, keja x da la banyak lagi..
Untuk subjek-subjek baru, pensyarah just bagi taklimat  dulu...

Dekat UM Nilam Puri ni, setiap subjek kami belajar dalam Bahasa Arab. Usul Syariah, Tasawwur Islamiyah, Mutala'ah, Nasyatat, Nahu, Sorof, Balaghah, Maqal dll.
Dulu sebelum isi UPU, niena tak tahu pun di sini belajar bahasa Arab full.
Ingatkan belajar agama dalam bahasa Melayu ja.
Lepas tau result UPU,  baru sepupu niena kasitau yang kat sini belajar Bahasa Arab.
Alhamdulillah, ada jugak belajar Bahasa Arab di sekolah menengah and rendah dulu..

Dah masuk semester dua ni, dah tak boleh nak main-main sangat.. kena lebih focus..
Pesanan pensyarah tuhh..
huhuhu..
InshaAllahhh..


"Tuntutlah ilmu semata-mata mencari KEREDHAAN ALLAH,
bukan untuk DUNIA semata..."


 Sekian, Wassalam..


No comments:

Post a Comment