Saturday, October 1, 2016

Kata-Kata

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته







Adakah kau tahu, 
Kata-kata yang kau tuturkan itu, 
Harus dijaga tiap waktu,
Harus dipelihara lidahmu selalu,
Kerna hati manusia,
Bukanlah sekeras besi juga bata,
Bukanlah sekuat tembok China,
Tapi ia selembut tisu baknya,
Juga seringan kapas hendaknya,
Andai kata hati itu koyak,
Disebabkan kata-kata,
Kau tidak mampu berbuat apa-apa,
Melainkan hanya ampun dipinta,
Hati manusia tiada siapa yang tahu,
Suka atau duka,
Kadang tersimpan erat di dalam qalbu,
Apa yang kau tahu?

Pesanku,
Jagalah lidahmu,
Kerana lidah manusia berpecah,
Kerana lidah manusia berbalah,
Kerana lidah manusia berbantah,
Tapi, kerana lidah jugalah manusia bersatu...

-nienaannisa-
1 Oktober 2016

Friday, August 5, 2016

GIVEAWAY PERTAMA by FARAH SANUSI

ASSALAMUALAIKUM



Jom ramai-ramai sertai giveaway ni.
Hadiah menarik menanti korang !

( TAMAT : 31 Ogos 2016 )


*click banner to join 



Hadiah-hadiah yang bakal di menangi:

1) Dianz vitamin - 2 pemenang
2) Kopi Pak Belalang -  5 pemenang
3) Shawl - 3 pemenang

Percaya Atau Tidak?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Percaya atau tidak? 
Allah dah susun jalan hidup kita cantik-cantik,
Semuanya indah,
Laksana munculnya pelangi tatkala hujan menyimbah,
Membuatkan hati kau yang gundah,
Kembali ceria dan gembira sudah,
Kalau ada duka yang terpalit,
Jangan kau kata Allah tak adil,
Kerna Allah tahu,
Kau seorang yang kuat setiap waktu,
Walau ujian Allah datang tak menentu,
Kau mampu,
Hadapi dengan penuh ragamu,
Jangan kau salahkan takdir,
Biasakan kalimah tasbih di bibir,
Kelak kau akan berasa nyaman,
Umpama berada di taman,
Yang indah lagi mempersonakan,
Tidak mampu kau ungkapkan dengan aksara,
Mahupun kata-kata,
Kerna hanya kau saja yang merasa,
Nyamannya bagaimana,
Indahnya kehidupan ini,
Andai berlandaskan jalan Ilahi,
Lantas kau tidak akan sesat lagi,
Di dunia yang fana ini,
Percayalah, duhai kawanku duniawi dan ukhrawi...


-nienaannisa-
6 Ogos 2016