Thursday, September 17, 2015

TIPS PENJAGAAN TUDUNG

ASSALAMUALAIKUM



Entry kali ni niena nak kongsikan macam mana nak jaga tudung-tudung kita yang berlonggok-longgok dalam almari tuh dengan baik...Tudung-tudung nih kalau dijaga dengan baik, boleh la tahan lama..duit pun jimat cikit sebab tudung yang ada tu boleh pakai berulang-ulang kali dan masih dalam keadaan baik..
Kalau pakai dua tiga kali dah rosak, terkoyak, kan sayang..Tambah-tambah lagi yang mahal cikit tu..

Okeylah, Selamat Membaca ^_^







1. TEKNIK BASUHAN 
   
        Sebelum mencuci tudung, sebaik-baiknya rendam terlebih dahulu di dalam air yang bercampur sabun pelembut. Biarkan seketika sebelum mencucinya dengan sabun basuh. Hasilnya, tudung akan lebih lembut dan memiliki bau yang sungguh harum walaupun dipakai seharian.

2. CARA CUCIAN 

       Untuk selendang mahupun tudung awning, jangan sesekali diramas-ramas tudung tersebut kecuali jika ia terkena kotoran yang perlu dicuci dengan teliti. Cucian perlulah dengan penuh kelembutan bagi mengelakkan tudung terkoyak ataupun tercarik kerana ada jenis tudung yang sungguh sensitif apabila dibasuh.

3. ASINGKAN CUCIAN

       Selendang dan tudung sebaik-baiknya dibasuh berasingan daripada basuhan lain kerana ditakuti akan terkena warna yang luntur daripada pakain lain. Lagikan pula, tudung mempunyai kualiti kain yang sungguh lembut. Ia tidak perlu dibasuh berulang kali. Jika terdapat perincian seperti batu atau manik yang cantik pada tudung, sememangnya kita perlu membasuhnya sendiri tanpa campuran pakaian lain.

4. LIPATAN RINGKAS

       Anda boleh melipat  seperti biasa tudung lycra  atau selendang , tetapi untuk tudung awning ada lipatannya tersendiri. Lipat bahagian kiri dan kanan ke dalam, kemudian gulung perlahan-lahan. Masukkan ia ke dalam awning dengan kemas agar awning tadi tidak terlipat apabila dimasukkan ke dalam laci pakaian. Untuk anda yang tidak mahu melipat tudung mahupun selendang anda boleh menggantungnya pada penyangkut yang dikhaskan untuk tudung.

5. MESIN BASUH

         JIka anda malas sekalipun, elakkan membasuh tudung menggunakan mesin basuh. Anda sendiri akan menangis nanti apabila melihat tudung kesayangan sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Tambahan pula jika tudung tersebut tudung baru, pasti perasaan sesal akan timbul.   

No comments:

Post a Comment