Wednesday, December 10, 2014

COUPLE ISLAMIC??


Bismillahirrahmanirrahim....

Hari ni niena nak kongsi satu kisah yang niena dapat dari seorang kawan niena di salah satu laman sosial..Mungkin ada yang pernah baca dan ada yang belum..Yang belum baca lagi tu, bacalah..Insya Allah ada manfaat darinya.. Sekadar perkongsian..

----------------------------------------------------------------------------------------*



Kisahnya mengenai 3 orang. Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di sebuah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Perghh! Cantik sangatlah jika nak diceritakan.

Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah. Beberapa tahun berlalu. Akhirnya, apabila Syafiq berada di tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas dengan pujuk rayunya. walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber'couple'. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC"

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan buang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan tadarrus lagi. Jalan pula mana ada pegang-pegang tangan. Apabila berjalan lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi suruh qiamullail. Hah! Kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.. Bila duduk Muhammad bertanya.

"Have you married?".

" No". Jawab Safura

" So why you sit together with this ajnabi alone here?", tanya Muhammad.

"Kami couple, tapi Islamic way", jawab Syafiq.

Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf.Asal dulu aku Kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk menerima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.Kalau zaman rasulullah dulu, ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku, mana ada. jadi time kat hospital dulu aku fikir. Akhirnya aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi.Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas tiga hari, aku bisikkan telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak, aku vacuum terus.Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat selepas 2 tahun.. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni.Tapi babi ni takde leher. Aku tibai je sebab dah dua tahun tak makan babi ni. Lepas tu aku masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz sedang jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan.

" Ustaz jom makan! Babi Islam nih."

Tercengang ustaz tu lalu terus berlalu sambil beristighfar. Esoknya aku berjumpa dengan ustaz berkenaan dan tanyakan kenapa dia tidak singgah makan bersama.Lalu ustaz tu cakaplah kat aku. Yang haram tetap haram dan tiada permudahcara bagi menghalalkan yang haram. "

Bila terdengarkan kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas. TERASA? Maknanya masih ada kesedaran pada diri kita. Buakn nak menghina sesiapa, tapi sedarlah hakikat yang sebenar.

Tiada istilah cinta/couple Islamik sebelum nikah ya :)   

1 comment:

  1. niat tak menghalalkan cara huu..nice peringatan . :) harap semua dapat faham..

    ReplyDelete