
Tuesday, December 16, 2014
Khasiat Pokok Dukung Anak

Wednesday, December 10, 2014
COUPLE ISLAMIC??

Tiada istilah cinta/couple Islamik sebelum nikah ya :)
Friday, December 5, 2014
Apabila Niena Pergi Bercuti...!!!

Wednesday, November 26, 2014
AWAS! Elakkan Keracunan Makanan

Keracunan makanan ialah apa juga penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
Apa yang menyebabkan keracunan makanan ?
Punca keracunan makanan :
Bakteria atau racun (toksin) bakteria berkenaan dan virus
Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasil laut bercengkerangseperti kekerang
Apakah tanda dan gejala keracunan makanan ?
Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :
Agen penyebab keracunan itu
Jumlah (dos) bakteria, virus atau toksin
Umur seseorang
Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorangPesakit mungkin akan mengalami:
Loya
Muntah-muntah
Cirit-birit
Sakit perut
Berpeluh/ demam
Sakit kepala
KeletihanApakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?
Keracunan makanan boleh mengakibatkan :
Kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan (kronik)
Kematian jika tidak mendapat rawatan awalApakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?
Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari empat jam)
Makanan tidak dimasak dengan sempurna
Makanan tidak disimpan dengan baik(makanan mentah disimpan bersama makanan yang telahdimasak)
Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna
Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih
Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makananBagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?
Cara mngelak keracunan makanan :
Sentiasa menjaga kebersihan
Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan
Basuh tangan selepas keluar dari tandas
Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
Pastikan kawasan dapur bebas daripada serangga, makhluk perosak dan haiwan lain
Sentiasa pisahkan makanan mentah daripada yang telah masak
Asingkan daging, ayam dan makanan laut mentah dengan yang telah dimasak
Gunakan perkakas seperti pisau, dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makananyang belum dimasak
Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah di dalam bekas yang berbeza untukmengelakkan pencemaran silang
Sentiasa masak dengan sempurna terutama daging, ayam, telur dan makanan laut.
Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
Jangan tinggalakan makanan pada suhu bilik lebih empat jam
Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi di dalam peti sejuk/ peti sejukbeku
Sentiasa gunakan air atau bahan mentah yang bersih
Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman dibotolkan/berbungkus
Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam,salad)
Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput
Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan di luarApa yang perlu dilakukan jika mengalami keracunan makanan?
Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
Ikut nasihat doktor
Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa
Pastikan tiada orang lain makan makanan itu
Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah terdekatSumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
(Metro Ahad, 9 November 2014)












