Apa itu keracunan makanan?
Keracunan makanan ialah apa juga penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
Apa yang menyebabkan keracunan makanan ?
Punca keracunan makanan :

Bakteria atau racun (toksin) bakteria berkenaan dan virus

Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai

Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum

Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasil laut bercengkerang
seperti kekerang
Apakah tanda dan gejala keracunan makanan ?
Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :

Agen penyebab keracunan itu

Jumlah (dos) bakteria, virus atau toksin

Umur seseorang

Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang
Pesakit mungkin akan mengalami:

Loya

Muntah-muntah

Cirit-birit

Sakit perut

Berpeluh/ demam

Sakit kepala

Keletihan
Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?
Keracunan makanan boleh mengakibatkan :

Kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan (kronik)

Kematian jika tidak mendapat rawatan awal
Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari empat jam)

Makanan tidak dimasak dengan sempurna

Makanan tidak disimpan dengan baik(makanan mentah disimpan bersama makanan yang telah
dimasak)

Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna

Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak

Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih

Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan
Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?
Cara mngelak keracunan makanan :

Sentiasa menjaga kebersihan

Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan

Basuh tangan selepas keluar dari tandas

Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan

Pastikan kawasan dapur bebas daripada serangga, makhluk perosak dan haiwan lain

Sentiasa pisahkan makanan mentah daripada yang telah masak

Asingkan daging, ayam dan makanan laut mentah dengan yang telah dimasak

Gunakan perkakas seperti pisau, dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan
yang belum dimasak

Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah di dalam bekas yang berbeza untuk
mengelakkan pencemaran silang

Sentiasa masak dengan sempurna terutama daging, ayam, telur dan makanan laut.

Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul

Jangan tinggalakan makanan pada suhu bilik lebih empat jam

Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi di dalam peti sejuk/ peti sejuk
beku

Sentiasa gunakan air atau bahan mentah yang bersih

Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman dibotolkan/berbungkus

Pilih makanan yang segar dan berkhasiat

Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam,salad)

Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput

Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan di luar
Apa yang perlu dilakukan jika mengalami keracunan makanan?

Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan

Ikut nasihat doktor

Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa

Pastikan tiada orang lain makan makanan itu

Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah terdekat
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
(Metro Ahad, 9 November 2014)