Sunday, January 29, 2017

MAKAN DI THE MANHATTAN FISH MARKET !

ASSALAMUALAIKUM




Disebabkan cuti CNY ni niena tak balik rumah, so niena dengan 2 orang kawan decided nak jalan2 cari makan + cari barang..
Sebab, misi kami *acewah  ialah jalan2 cari makan and of courselah makan kat tempat yang kita tak penah pegi lagik..
muehehe..
😁😁

So, kami pun pegilah ke KB Mall, but sebelum tu singgah PSK dulu, cari barang yang family pesan.

Dalam KB Mall, kami gi The Manhattan Fish Market.
Tak pernah rasa makan kat sini lagi.
And this restaurant terkenal dengan seafood dia...
So, kita cuba je lah ya..
Pelan asal nak gi KB Burger Bakar but ingatkan CNY ni dia tutup..
Tup2 niena tgok IG kawan niena yang lain post makan kat situ.. Rupa-rupanya tak tutup laah..
huhuhu😫😫😫
Takpalah, KB Burger Bakar next mission!!

Disebabkan dah lama craving spaghetti, so niena pesan Cajun Chickie Marinara, Mushroom Soup, and Chocolate Milkshake.
Kawan niena, Mira pesan Spicy Seafood Olio, mushroom soup and also chocolate milkshake..
Aina pulak dia pesan Manhattan Fish 'n Chips, Mushroom Soup n air(lupa nama). 😂


Spaghetti Cajun Chickie Marinara yang niena makan tu sedapp!! 
Niena kalau spaghetti mmg no 1! Bagi je la spaghetti apa pun.
Fish n chips tu pun serius sedapp..sos atas dia tu yang membuatkan fish n chips tu bertambah sedap..
spaghetti olio tu pun not bad..sedapp..ada sotong udang n lala kot..
Makanan dia pun banyak, kenyang la perut makann..Alhamdulillah
overall makan semua sedapppp...
yang paling sedap chocolate milkshake diaa..😋😋😋
And harga dia berpatutan la kan dengan tempat diaa..
Yang ni semua sekali RM115.00
Kalau pandai ambil yang set punya, lagi untung..
Ada waitress/waiter yang akan guide

Nak tengok Menu, bolehla pergi ke website The Manhattan Fish Market Malaysia
........................................

Okay, that's all from me..Kalau nak cuba makan  di sini, sila-silakan lahh..
InshaAllah semua sedap2

Thursday, January 19, 2017

First Time Cuba Miaprapau Thai !

ASSALAMUALAIKUM



Miaprapau Thai..Pernah dengar tak? For me, nilah first time dengar dan makan.. Niena beli ni dari adik ustaz niena kat sini. Biasanya, malam-malam ada tempahan makanan buat pelajar terutamanya pelajar perempuanlah sebabnya kami tidak dibenarkan keluar cari makanan pada waktu malam.

So, harini menu dia Chicken Chop (RM4.50), Tempoyak Patin (RM4) dan Miaprapau Thai Set (RM5).  Untuk yang kepertama kalinya dalam hidup *acewahh  Niena teringin nak rasa Miaprapau ni.. Yalah, nama pun unik, terpikirr2, tak pernah makan,  So, niena pun order lahh. apa salahnya mencuba, ye dop? 
😍😍
Niena search jugak makanan ni kat google tapi macam tak banyak info jakk..muehehe..kesimpulannya, jomlah kita makan and buat review sendirikk..






Dalam ni ada ikan ( ai tak kenal ikan apa, isk isk ) disteam, bihun, sayur kubis, tomato dan kuah sambal hijau..
Cara makan dia pulak , ambik sayur , then letak bihun dan  isi ikan dalam sayur, dan last skali tuang sambal hijau dekat atas..Bismiillahhh.. 😋






Rasa dia? ermmm, first makan sedapp..yang kali seterusnya rasa kurang skit sbb niena kurang suka ikan yang di steam, sebabnya rasa macam mentah. Bagi yang suka steam2 ni, sesuai la makan. Tapi, bagi niena overall makan sedap..
Yang menyedapkan lagi Miaprapau ni, dengan adanya sambal hijau tu. Pedas2 manis..

Yang ni pun niena makan dengan roommates.. hehe..
Tak kuat ceq nak habiskan sorang2..
Makanan ni cukup khasiat tau ! Ada protein, karbohidrat, vitamin and so on.
Tengok jak simple tapi full nutrients..

Okeh, makan malam niena harini Miaprapau ni jakk..
Alhamdulillahh..

💚💚💚

Friday, January 13, 2017

SAHABAT VS. WIFI ?

ASSALAMUALAIKUM







Kalau zaman sekarang ni, kawan boleh diumpamakan sebagai line WIFI. Eh, sebab apa pula?
Okeh, macam ni...

Kebanyakan kita ni especially students, perlukan line WIFI (/internet) untuk buat sesuatu. Misalnya, untuk perkara yang bermanfaat, buat assignments, tengok video ceramah dan sebagainya. Tapi ada juga yang menggunakan WIFI untuk perkara lain contohnya main games, search tentang gosip2 lah dll..

So sekarang, WIFI tu terbahagi kepada dua sama ada membawa kita ke arah kebaikan atau sebaliknya..

Tapi ianya terpulang kepada kita sama ada nak menggunakan WIFi tersebut untuk perkara yang bermanfaat ataupun untuk perkara yang melaghakan..

Sama jugak dengan kawan..Ada kawan yang boleh memandu kita ke arah kebaikan dan ada yang membawa kita jauh dari Allah..Dan yang membawa kita kepada kebaikan itulah dinamakan SAHABAT..
Kita berhak membuat pilihan iaitu memilih kawan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah atau tak. Semuanya bergantung pada diri kita..Buatlah pilihan dengan sebaiknya.
Tapi ingat, setiap ENDING dia tak sama tau!

Satu lagi, jangan pernah sesekali tinggalkan kawan yang jauh dari Allah, sebaliknya tariklah tangan mereka untuk sama-sama meraih REDHANYA. Barulah dianamakan friendship goals kan ?

Sebab kawan yang baik itu ialah mereka yang selalu mengingatkan kita betapa besarnya cinta dan kasih sayang Allah kepada hambaNya.. Jadi tiada sebab untuk kita jauh dari CINTA Allah itu bukan?