Thursday, May 19, 2016

Pengalaman Sewaktu Ujian JPJ :)

ASSALAMUALAIKUM







Alhamdulillah, dalam entry yang lepas, niena ada share pengalaman sewaktu belajar memandu. Pasti semua ada pengalaman masing-masing kan?
Kalau sudi, sharelah dekat ruangan komen entry niena yang lepas :)
hihihi

Harini, niena nak share pulak pengalaman sewaktu ujian JPJ. Sebut ja JPJ, mesti cuak, ye dop?
Same goes to me :-P
Hari Khamis lepas, hari niena ujian JPJ. Dah seminggu la kan..
Nak tahu niena lulus ke tak, jomla baca sampai habis :)

Okey, jom mula cerita....
..
..
..
..
..
..

Cikgu pesan hari test JPJ tu, datang pukul 7.50 dan terus jumpa dia dulu. Haritu, yuni ajak pergi dengan ayah dia. Okay, no problem. Dalam pukul 7.35 pagi gitu kami sampai dekat IKMP.
Waktu kami sampai, takda orang pun lagi yang datang( I means, students), pekerja dekat situ ada yang dah datang.
So, niena cakap dekat yuni...

"Awainya kita mai, takda orang lagi, eksaited "

Jadi, kami pun pergi la duduk dekat kerusi batu.
(tempat biasa)

Sambil tu sembang-sembang pasal RPK dan PSM, dan cuba ingat balik step-step parking, daki bukit dan sebagainya. Walaupun pegawai JPJ tak nampak pun lagi, tapi niena dah nervous dah.
Teringat pesan mak niena supaya selalu baca :
Rabbi yassir walatu'assir
supaya Allah memudahkan semua urusan kita :)

Nak dekat pukul 8, cikgu pun datang. Kami pun pergi kat cikgu untuk setelkan hal yuran..
Then cikgu pesan amanat tu, amanat ni, kepada kami dua dan ada dua lagi budak lelaki yang dia ajar.
Lepas tu kami pergi daftar dan ambil jaket kaler hijau( macam nak kuning :P ) untuk calon baru..
Calon ulangan jaket kaler oren.
Cuba teka niena dapat nombor berapa?
.
.
.
.
.
.
.
.

niena dapat nombor dua....
Huaaa..
Nerbesnyaaa

Dah dapat jaket, kami pun masuk bilik kuliah, ada taklimat sikit.
Dalam pukul 9 pagi, kami ke tempat menunggu. Semua calon niena tak pasti berapa orang.
Mula-mula, 8 orang ditetapkan untuk buat ujian bahagian jalan raya dulu ( 3 calon ulangan dan 5 calon baru ) 
Yang lain pergi buat litar..
Kereta untuk jalan raya pakai kereta Viva manakala dekat litar kereta Kancil..
Semua ada 4 kereta Viva..
Sambil tunggu giliran, niena tak habis-habis dengan nervousnya..
siap suruh yuni cubit lengan lagi..
Betapa tak percayanya diri ini bakal ditest JPJ sebentar lagi..
:-P

Okehh, dah sampai turn niena..
No.2 dipanggil !!

Calm down, niena!
Just relax, okay!





Bismillah...

Niena pun masuk dalam kereta..
Pegawai JPJ tu lelaki, dalam 30-an kot..Tengok cam muda gi..
niena pun serahkan borang penilaian kpd Pegawai JPJ tuhh..

Memandangkan kereta dah dihidupkan, niena pun tanya la pegawai JPJ tuh :
( nerves nih )

" Nak matikan enjin dan start semula ka? "
" tak payah, teruskan ja "

Fuhh, legaa..

Then, niena buat la Pemeriksaan Sebelum Memandu (PSM)
Dah siap pakai tali pinggang semua, niena pun bagi signal kiri (sepatutnya signal kanan)..
Dah tersedar, baru la tukar ke signal kanan. Nasib dia tak tegur.
Fuhhh lagi!

Bagi signal kanan, tengok belakang, then jalan..

Hah, ni satu hal lagi..

Niena dah tekan minyak, angkat clutch perlahan-lahan tapi tak habis la niena angkat sebabnya kalau kereta kancil yang selalu niena bawak tu,  walaupun angkat clutch sedikit dah jalan.. Kereta Viva nih niena angkat clutch sikit ja dia tak jalan. Then niena cek la gear 1 masuk ke tak..Dah masuk! handbrake cek jugak..Dah diturunkan..Kenapa tak nak gerak-gerak?
Adoyai..
Then, pegawai JPJ tu kata :

" Tak perlu tekan minyak, angkat ja clutch sampai habis "

Okey, niena try buat. Dah boleh ! 
Yeay..
Kereta pun bergerak dengan jayanya..
Ni first time kot bawak kereta Viva.
Time belajar kereta kancil jaa..

Lepas tu, niena tukar ke gear 2.
Tapi rasa laju semacam jek..
Entah-entah gear 4 niena bedal !!
Kohkohkoh
:)

Asalnya, niena dapat jalan C, ada roundabout. Jalan A pun ada roundabout. Cuma jalan B ja takda..

Then, pegawai JPJ tu tanya :

" Dalam hati kamu nak pergi jalan mana? "

Niena yang tengah fokus memandu nihh, tak berapa nak dengar la pulak apa yang ditanya.
Dengar perkataan ' hati ' ja..
Aihh, apa pulak  ' hati-hati ' nihh..
kehkehkeh..
:-P

I said :

" Ha ? "

" Dalam hati kamu tu nak pergi jalan mana "

Dia ulang lagi..hehehe

Ohh, nak pi jalan mana.. :)

" Kalau boleh, nak pi jalan B "
hehe, sebab takda roundabout

" Okey, pergi jalan B "
 
Huhh, biar betul!
Horayyyy..
Alhamdulillah

Niena cakap, terima kasih, tapi taktau dia dengar ka tak, sebab perlahan ja niena cakap..
:)
Jom ke jalan B..

Sambil-sambil tu dia ada tanya result SPM dapat berapa..
Mintak universiti mana..
niena pun jawab la itu ini..
kadang-kadang apa yang dia cakap masuk telinga kanan keluar telinga kiri..
hahaha
sebab kita lebih fokus memandu!!
:-P

Pastu dia ada tanya mintak apa lagi..
niena jawab matrikulasi, upu

Pastu dia dok cerita pasal matrikulasi :

" Masa zaman abang dulu, ....... .... "

Haha, sebenarnya tak dengar sangat apa yang pegawai JPJ tu cakap.

Dah separuh perjalanan, Pegawai JPJ tu tegur :

" Tangan tu letak macam mana? "
Dia nak kata niena pegang stereng tak betul la tu..
kohkoh
Pastu niena ubah, sampai la dia kata :

" Hah, macam tu. Tu la tadi belok tak stabil. "
Eheh, hahaha..ya kah?

Okey, kita pun bawak la kereta dengan penuh berhati-hati lagi berwaspada..
Ceh, ayat!

Sampai la time nak belok nih,
time belok, sepatutnya kita kena ambil line kiri, and then baru masuk line kanan kan?
Disebabkan niena teralik tengok kanan sewaktu simpang 3, sampaikan waktu nak belok kiri terus niena ambik line kanan? Faham dop.
Eheh..pening sikit..

Macam ni, niena kena belok kiri.
Dah belok tu, niena terus ambik line kanan..
Sepatutnya kena ambik line kiri dulu.
Hah, Centu!

Pastu niena cakap dengan muka cuak:

"Allah, tersilap lorong pulak "
Niat nak cakap tu kat diri sendiri, perlahan ja..

Tapi pegawai JPJ tu dengar la pulak and cakap..

"Hah, tau pun"
Kehkehkeh..

Lepas tu terus niena diam..
Dalam hati,
' aku lulus ke tak nih..'
Cuak..
Nervous..

Akhirnya, sampailah kami ke IKMP..
Sebelum turun, pegawai JPJ tu bagi borang penilaian tu kat niena.
Niena pun ucaplah terima kasihh..

Fuhh, finally tamat juga ujian jalan raya..
niena tak tengok lagi lulus atau tak..

Ada ramai calon yang dah selesai buat ujian litar sedang tunggu giliran untuk ujian jalan raya..
niena yang tak tahu apa-apa ni, berjalan la ke tempat ujian litar. Sambil-sambil tu, tengok la borang tu.
Cer teka, niena lulus ka tak?
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..

Alhamdulillahhh
Lulus !!!!
Baiknya pegawai JPJ tuhhhhh..
Thank youuu very muchh !!!






Tiba-tiba, dalam keseronokan tu, niena terdengar jeritan :

" Nombor 2 "

Eh, akulah tu kan?

Rupa-rupanya, sebelum ke ujian litar, niena perlu serahkan dulu satu salinan borang penilaian tadi..
Adehhhh!!
Dengan malunya, niena pun berjalan ke pondok tadi..
Mau tak malu, dah la ramai orang kat situ..

Okey, dah selesai part ujian jalan raya, niena ke tempat ujian litar.

Kat sana, kena buat Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK).
Niena pun cek la yang tu, yang ni..
Tak sempat habis pun sebenarnya cek tu, terus pegawai JPJ perempuan tu suruh buat ujian litar.

Okay, jom kita buat!

Tenang, niena tenang..

Masuk dalam kereta kancil, pakai seatbelt, masuk gear 1, lepas handbrake..
Bismillah..
Jom daki bukit!

Alhamdulillah, boleh!
Sepanjang latihan tak boleh pulak..
Waktu test boleh..
Apapun niena bersyukur sangat..

Part ujian litar, niena taknak cerita banyak.
Sebab tak menarik sangat pun.

Dah selesai ujian litar, niena ke tempat ambil keputusan untuk ujian litar.
Sambil-sambil tu sembang dengan yuni sementara menunggu giliran dipanggil.
Dalam hati berdoa supaya lulus kedua-dua bahagian..

Alhamdulillah, ujian litar pun lulus!
Syukurr sangat..

Sebelum ni niena tak yakin, akan lulus kedua-dua bahagian.. Sebabnya waktu latihan pun bukan buat elok sangat..
Niena selalu berdoa untuk lulus satu bahgian pun takpa kalau tak boleh dua-dua bahgian.. at least masa retest buat satu bahagian ja..sebab niena ni kecik ja..tinggi pun dalam 141cm jaa..
hakhak.. 
tak yakin boleh memandu..:-P
Tapi, Alhamdulillah..
Macam tak caya ja dah ada lesen moto dan kereta :)
lepas ni boleh drive 
yeayy..






Tunggu next entry tentang tips-tips berguna sewaktu
 belajar memandu dan test JPJ yaa
:)
Setakat ni ja entry kali ni
Selamat malam



Sekian, wassalam..


*share la pengalaman anda :)

Wednesday, May 18, 2016

Pengalaman Belajar Memandu...

ASSALAMUALAIKUM





Hai, tengah buat apa tu? Hikhik..mestilah tengah baca entry ni, ye dop? Memandangkan dah ramai yang buat entry pasal pengalaman-pengalaman diorang nih, so niena nak la jugak share pengalaman niena semasa belajar memandu dan bila test JPJ nihh..Sebelum nie niena ada jugak search dan baca pengalaman-pengalaman bila belajar memandu, dan experience diorang waktu kena test dengan pegawai JPJ. Macam-macam yang niena baca, boleh la dijadikan panduan, kan? 




Okeh, mula-mula nak belajar memandu nih, mestilah kita kena hadir Kursus Kurikulum Pendidikan Memandu KPP 01 selama 6 jam.. alaa, macam kita masuk kelas dan akan ada orang yang akan berikan ceramah pasal memandu-memandu ini.. Then, sebelum kelas tamat, kitorang mesti pilih tarikh untuk Ujian Komputer. Niena masuk kelas ni dalam hujung bulan Febuari gitu dan ujian komputer minggu depannya..
Alhamdulillah, ujian komputer niena dapat 49/50..Lulus! Niena macam biasa la pegi dengan Yuni. Yuni pulak dapat full mark, 50/50. Wuu, Tahniah!!
Selesai buat ujian komputer, kami pun pergilah serahkan keputusan untuk buat lesen L.

15 April hritu, barulah niena dan yuni dapat belajar memandu. Cikgu tu call kami kena pergi pkul 9 pagi..Kami sampai sana dalam pukul 8.45 pagi, Kami dapat cikgu yang samaa,,yeayy! Cikgu Ismail..sebab sebelum tu memang kami mintak untuk belajar dengan cikgu yang sama. Senang nak pergi sekali naik moto..
Dah sampai tu, kami pun duduk la dekat kerusi batu yang tersedia.. Dah pkul 9 lebih, cikgu tu tak datang-datang lagi. Actually, niena dgn yuni tak kenal pun cikgu tu yang mana. Hah, sudahh!!
Kami pun buat la rileks sembang-sembang, nak pergi cari tak tau cikgu mana..
Then ada sorang cikgu nih tegur kami, tanya kami dapat cikgu mana. Pastu kami cakap la nama cikgu tu( kami sebenarnya tak comfirm pun nama cikgu yang ajar kami). Dia cakap kenapa tak cari dia. Hah, sentap!! rupanya cikgu yang tegur kami tulah yang bakal ajar kami nanti.!!Memang kami dah diberitahu dulu yang cikgu Ismail yang akan ajar kami, tapi kami ingat tak komfem lagii.. Kami pun buat blurr laa...
huhu..
Then dia suruh tunggu kat satu tempat. Sambil jalan pegi sana, niena cakap dekat yuni

" Aduh, baru first day dah kena marah"
"Hah, tu la "

Nak buat macam mana. Bila difikir-fikir memang salah kami punn..
So, nanti korang ambik tahulah siapa yang ajar orang yee..

Dah sampai kat tempat tu, kami diajar tentang RPK dan PSM. Lepas tu, niena kena bawak kereta pergi jalan raya..Huh, jalan raya >_< Dah la sebelum ni, brek kaki yang mana satu, clucth yang mana pun tak tahu :-/ nasib la tadi ada tanya yuni wantu sembang kat kerusi batu..Waktu niena bawak, Yuni tunggu kat ikmp dan begitulah sebaliknyaa..niena belajar dalam sejam gitu, then yuni pulak belajar, niena tunggu dekat IKMP..
Semua 10 kali kami pergi belajar, dalam 10 jam la (lebih kurang). Lepas tu test JPJ..




Time belajar ni pulak, ada dua bahagian, jalan raya dan litar. Jalan  raya bagi niena okay sedikit berbanding litar. Di litar, bahagian yg niena paling ngeri ( poyo ayat ) ialah dekat mendaki dan menuruni bukit. Fuhh.. Kalau kat sini memang berpeluh-peluh buat.. Sepanjang niena pegi belajar 10 kali tuh, takda pun sekali yang niena dapat naik dengan jayanya. Mesti nak terundur ke belakang jugak..Cuba berkali-kali baru boleh..
Apa masalahnya pun niena tak tahu..Bila niena nak lepas handbrake, kereta tu turun bawah balik.. Sampai tension betul bila time nak daki bukit tuhh... Rasa macam betul dah step yang cikgu ajar niena buat.. Alahai... Takut woo..Cikgu tu pulak tak berapa nak friendly sangat, lagi la niena cuak!!
 Rasa frust je bila tak dapat nak daki bukit tu. Rasa macam nak stop ja belajar memandu ( dulu kemain semangat nak belajar )  kohkohkoh..
Tiga hari sebelum ujian JPJ, niena mintak cikgu tu tunjuk semula cara yang betul nak daki dan turun bukit.. Cikgu tu cakap maybe niena tekan minyak tak cukup..maybe la..sebab bila try semula apa yang cikgu gitau, okey baru boleh..Fuh!!Legaaa....




Time parking sisi, Alhamdulillah much better than daki bukit...pergerakan tiga penjuru pun Alhamdulillah okay jugak walaupun kekadang senget sikit..( kihkihkih).. first time buat selekoh S sesorang, rasa macam nak langgar tembok ja, ( I kan pendek, tak nampak depan) kihkih, tapi okey lagi dari selekoh tajam ( selekoh Z).. Selekoh tajam ni tak pernah la lagi langgar tembok..Alhamdulillah..Asal ikut apa yang cikgu ajar ye..tapi everytime nak buat selekoh tajam tu rasa la berdebar-debar jugakk..( Arghhh niena, semua kau berdebar-debar )

Nak belajar memandu ni memang kena sabar, dan ingat apa yang cikgu ajar. Sabar dengan cikgu bila kena marah, sabar bila kita buat tak menjadi, sabar untuk segala-galanya lah..Step-step yang cikgu ajar tu penting okayy!!

Alhamdulillah, Khamis lepas niena kena test JPJ. Tunggu entry  seterusnya tentang pengalaman niena sewaktu hari test JPJ serta tips-tips berguna semasa belajar memandu yaa...InshaAllah
^_^

Sekian, Wassalam..

*share la pengalaman anda... :)

Monday, May 16, 2016

#Ananasgoodmood Shawls Giveaway

ASSALAMUALAIKUM



Jom ramai-ramai meriahkan GA ini.

( TAMAT : 22 Mei 2016 )


Sunday, May 15, 2016

Pemenang Mini GA By Niena Annisa'

ASSALAMUALAIKUM






Hari ni niena nak umumkan 2 orang pemenang untuk Mini Giveaway By Niena Annisa'. Maaf Niena lambat buat entry ni yaa..Okey, niena takmau tulis banyak-banyak..Jom kita lihat siapa pemenangnya..



.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....








Boleh lihat senarai peserta di SINI

Kepada pemenang, sila emailkan details seperti di bawah ke nienaannisa98@gmail.com sebelum 20 Mei 2016. Jika tidak, penenang lain bakal dicari..

Nama
Alamat
No.Telefon
Link Penyertaan

Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada semua peserta kerana sudi sertai mini GA daripada niena..

Sekian, Wassalam..




Wednesday, May 4, 2016

Pre-Loved Fixi Novel Giveaway

ASSALAMUALAIKUM


Jom ramai-ramai meriahkan Giveaway nihh..
Seriously, I love books.. :)

( TAMAT : 7 May 2016 )


*click banner to join

[ Mini Giveaway By Niena Annisa' ] tamat !!

ASSALAMUALAIKUM





Alhamdulillah, akhirnya Mini Giveaway By Niena Annisa' sampai ke penghujungnya. Terima kasih kepada semua blogger kerana sudi menjayakan dan memeriahkan mini GA ini, walaupun hadiahnya tak seberapa. Sejujurnya, banyak blogger yang niena baru kenal dan tentulah kita dapat mengeratkan ukhwah antara satu sama lain.

Niena mohon maaf jika terdapat kesilapan selama mini GA ini berlangsung. Niena dah update senarai peserta mini GA ni. Haritu niena update senarai peserta pada 16 April, dan niena ada cakap yang next updatenya pada 1 Mei. Niena mohon maaf kerana baru hari ini niena dapat update senarai peserta yang terkini disebabkan kekangan masa. hari Ahad haritu, rumah niena adakan kenduri kesyukuran. Plannya last minute, so ada kekangan masa di situ. lepas tu, niena demam selesemalah, kena pegi belajar keretalah. So, sekali lagi niena ucapkan terima kasih kepada semua. Niena tak expect pun ramai yang akan sertai mini GA nihh..

Thank you
Syukran



  •  Nantikan pengumuman pemenangnya! 
  • Boleh cek senarai peserta di bawah :
SENARAI PESERTA