Tuesday, September 29, 2015

SRIKANDI : Khaulah Al-Azwar

ASSALAMUALAIKUM







Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup pada zaman Sahabat r.a. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah SAW telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan Muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi pecinta sirah Islam. Kemahiran dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya, Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan Muslimat paling handal dalam sejarah Islam. 

Dalam Perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur ialah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skafnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid Bin Al-Walid meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat, membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe Bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya, 

"Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid"



HANDAL BERKUDA


Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui. Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin.

Sewaktu menyertai Perang Sahura, Khaulah dan beberapa orang wanita telah ditawan oleh musuh. Mereka telah dikurung dan dikawal rapi beberapa hari lamanya tanpa senjata untuk melepaskan diri. Nampaknya tidak ada cara lain yang berkesan melainkan membakar semangat sahabat-sahabatnya yang lain agar dapat bertindak pantas sebelum musuh mengapa-apakan mereka. Khaulah sedar Allah sendiri memberi jaminan bahawa kekuatan jiwa boleh mengalahkan kekuatan senjata.

Tekad para tawanan ini sudah bulat. Setelah menetapkan harinya, maka mereka pun melaksanakan keputusan yang dibuat. Sebelum itu mereka berdoa bersungguh-sungguh pada Allah dan bertaubat dengan segala dosa yang lalu. Menangis dan merayu memohon campakkan dalam hati mereka kekuatan jiwa yang kuat dan semoga Allah memudahkan pekerjaan dan berharap semoga datanglah bantuan-bantuan ghaib untuk menolong mereka. Khaulah telah memimpin segala urusan dalam pekerjaan berat itu, dia menyandang tiang kayu siap untuk berjuang.

Begitulah keyakinan Khaulah, berkat keberaniannya mereka semua terselamat dari segala bentuk bencana itu, Akhirnya, Khaulah dan semua wanita berjaya mencerai-beraikan pasukan Rom dan dapat melepaskan diri dripada kafir durjana serta kembali ke pasukan Islam dengan selamat. Begitulah kisah seorang pahlawan Muslimat yang hebat . Hebatnya tidak digambarkan pada masa kini. 

Monday, September 28, 2015

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER

ASSALAMUALAIKUM 


Jom meriahkan segmen ni..memandangkan niena masih lagi newbie, so follower pun tak da la banyak sangat..jadi jomla berkenalan antara satu sama lain di samping merapatkan ukhwah.. *-*




*click banner to join

Thursday, September 24, 2015

NASIHAT IMAM ABU HANIFAH TENTANG KEHIDUPAN

ASSALAMUALAIKUM







Mari kita renung-renungkan nasihat Imam Abu Hanifah tentang kehidupan :


1. Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan

2. Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.

3. Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik.

4. Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat.

5. Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.

6. Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain.

7. Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.

8. Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan.

9. Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu.

10. Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan. 

Thursday, September 17, 2015

TIPS PENJAGAAN TUDUNG

ASSALAMUALAIKUM



Entry kali ni niena nak kongsikan macam mana nak jaga tudung-tudung kita yang berlonggok-longgok dalam almari tuh dengan baik...Tudung-tudung nih kalau dijaga dengan baik, boleh la tahan lama..duit pun jimat cikit sebab tudung yang ada tu boleh pakai berulang-ulang kali dan masih dalam keadaan baik..
Kalau pakai dua tiga kali dah rosak, terkoyak, kan sayang..Tambah-tambah lagi yang mahal cikit tu..

Okeylah, Selamat Membaca ^_^







1. TEKNIK BASUHAN 
   
        Sebelum mencuci tudung, sebaik-baiknya rendam terlebih dahulu di dalam air yang bercampur sabun pelembut. Biarkan seketika sebelum mencucinya dengan sabun basuh. Hasilnya, tudung akan lebih lembut dan memiliki bau yang sungguh harum walaupun dipakai seharian.

2. CARA CUCIAN 

       Untuk selendang mahupun tudung awning, jangan sesekali diramas-ramas tudung tersebut kecuali jika ia terkena kotoran yang perlu dicuci dengan teliti. Cucian perlulah dengan penuh kelembutan bagi mengelakkan tudung terkoyak ataupun tercarik kerana ada jenis tudung yang sungguh sensitif apabila dibasuh.

3. ASINGKAN CUCIAN

       Selendang dan tudung sebaik-baiknya dibasuh berasingan daripada basuhan lain kerana ditakuti akan terkena warna yang luntur daripada pakain lain. Lagikan pula, tudung mempunyai kualiti kain yang sungguh lembut. Ia tidak perlu dibasuh berulang kali. Jika terdapat perincian seperti batu atau manik yang cantik pada tudung, sememangnya kita perlu membasuhnya sendiri tanpa campuran pakaian lain.

4. LIPATAN RINGKAS

       Anda boleh melipat  seperti biasa tudung lycra  atau selendang , tetapi untuk tudung awning ada lipatannya tersendiri. Lipat bahagian kiri dan kanan ke dalam, kemudian gulung perlahan-lahan. Masukkan ia ke dalam awning dengan kemas agar awning tadi tidak terlipat apabila dimasukkan ke dalam laci pakaian. Untuk anda yang tidak mahu melipat tudung mahupun selendang anda boleh menggantungnya pada penyangkut yang dikhaskan untuk tudung.

5. MESIN BASUH

         JIka anda malas sekalipun, elakkan membasuh tudung menggunakan mesin basuh. Anda sendiri akan menangis nanti apabila melihat tudung kesayangan sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Tambahan pula jika tudung tersebut tudung baru, pasti perasaan sesal akan timbul.   

Friday, September 4, 2015

AWAN

ASSALAMUALAIKUM





Hey, awak! 
Cuba tengok awan,
Cantik bukan?
Pada saya sangat cantik.

Hey awak !
Apa awak rasa bila tengok awan?
Tenang? Nyaman?
Yup, saya pun rasa macam tu.

Hey, awak!
Pernah tak awak terfikir,
Macam mana awan yang tiada sebarang tali,
Boleh terapung macam tu?
Kerja manusiakah tu?

Absolutely NO!
Tidak sama sekali,
Walau sehebat mana pun arkitek dunia,
Ingatlah,
Hebat lagi kuasa Allah.

Kalau manusia nak bina rumah,
perlukan tiang sebagai asasnya,
Nak gantung sesuatu,
 Perlukan tali,
Nak pergi ke mana-mana,
Perlukan kenderaan.

Tapi,
 Pernah awak terfikir,
Hebatnya kuasa Allah,
Tak perlukan bantuan sesiapa,
Contoh paling dekat, awan,
Tanpa tali,
Tanpa apa-apa,
Ia boleh terapung begitu,
Allah mampu melakukannya,
Kun Fayakun,
Maka jadilah


~nienaannisa~
5 September 2015