Saturday, April 11, 2015

Pembaziran Amalan Syaitan

Sesungguhnya telah dijanjikan oleh Allah, bahawa sesiapa yang melakukan pembaziran, orang itu termasuk dalam golongan saudara syaitan. Ini dijelaskan dalam sSurah A-Israa ayat 27 yang bermaksud :
" Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. "

Ibnu al-Qayun al Jauziah mengatakan terdapat 9 bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia, antaranya :

1. PEMBAZIRAN ILMU PENGETAHUAN
      - Ada ilmu yang tinggi tetapi tidak diamalkan pada jalan kebaikan

2. PEMBAZIRAN HATI
      - Pengisian daam jiwa kosong, tidak dimasukkan dengan zikir, bacaan Al-Quran dan         sebagainya

3. PEMBAZIRAN KEKAYAAN
      - Berkemampuan tetapi dibelanjakan hartanya kepada perkara-perkara yang tidak               bermanfaat dan tidak diredhai oleh Allah.

4. PEMBAZIRAN AKAL
      - Memiliki akal yang bernas, cergas tetapi tidak digunakan untuk kepentingan agama

5. PEMBAZIRAN AMALAN
      - Setiap amalan yang dilakukan tidak diiringi dengan hati yang ikhlas

6. PEMBAZIRAN CINTA
      - Cinta sesama manusia melebihi cinta kepada Pencipta-Nya

7. PEMBAZIRAN TUBUH BADAN
      - Memiliki tubuh badan yang sihat tetapi tidak digunakan untuk beribadah kepada               Allah

8. PEMBAZIRAN ZIKIR
      - Rajin berzikir tetapi tidak memberi kesan kepada hati

9. PEMBAZIRAN MASA
      - Masa berharga dibiarkan berlalu tanpa diuruskan dengan sebaik-baiknya.

 RENUNG DIRI : 

- Ada tak antara 9 jenis pembaziran di atas terdapat dalam diri kita?