Memandangkan sekarang ni musim kemasukan pelajar baru
degree, ramai bakal siswa dan siswi yang sibuk menguruskan urusan pendaftaran
masing-masing, termasuklah saya sendiri. Alhamdulillah, 3 September lalu telah
selesai urusan pendaftaran. Dah selesai urus bilik semuanya, aktiviti
seterusnya tak lain tak bukan mestilah minggu orientasi. Cuma di UM ni, minggu
orientasi dia dikenali sebagai Minggu Haluan Siswa (MHS). Ya la kan, minggu di
mana siswa dan siswi bakal mengenal pelbagai perkara baru, bagaimana nak bawa
haluan, kenal itu ini. Minggu Haluan Siswa ni berlangsung selama 6 hari bermula
hari Ahad hingga hari Jumaat. Saya dapat tinggal di Kolej Kediaman Raja Dr
Nazrin Shah (KK12) yang merupakan kolej terbesar, teramai, dan berbagai ter
lah..hehe.. dan dengarnya kolej ni mewah sikit. Ada lif, satu bilik 2 orang. Kk
ni juga dikenali sebagai ROYAL.
*mafla royal
Hari pertama MHS, Alhamdulillah tak banyak aktiviti sangat.
Aktiviti pun start pukul 2, so ada gap pelajar dengan ibu bapa pada waktu pagi,
melepaskan rindu, acewah. Bagi yang first time tinggal di hostel, ofcoz ambil
masa nak sesuaikan diri setelah keluarga pulang ke kediaman sendiri. Aktiviti
pukul 2 ialah kami dibahagikan kepada 17 kumpulan (dipanggil sel). Jadi, kami
selesaikan urusan penyerahan dokumen pada waktu tu dibantu oleh PM, Pemudahcara
Mahasiswa (bukan Perdana Menteri ye). PM ni macam fasilitator la. Sebelah
petang pula kami belajar cheers khas KK 12 untuk compete dengan KK lain.
Pelbagai jenis cheers yang PM2 ni ajar, banyak step jugak la. First day agak
sukar nak catch up, but bila dah 2 3 hari, dah boleh follow apa yang diorang
ajar. Malam pulak kami ada LDK (latihan dalam kumpulan). Tengok PM-PM ni buat
cheers semangat ja, tak tahu la diorang ni ambik masa banyak mana untuk
berlatih cheers2 ni semata-mata untuk menjayakan MHS, Nampak kesungguhan mereka
untuk meraikan freshie2.
Hari Kedua MHS
kami semua bergerak ke Dewan Tunku Canselor (DTC). Semua kolej kediaman
berkumpul di sini. Kalau program berkait dengan semua kolej kediaman selalunya
diadakan di DTC dan kalau hanya program melibatkan kolej kediaman so program
diajalankan di dewan kolej kediaman masing-masing. Ada pelbagai taklimat yang
diberikan di sana. Hari ketiga adalah hari yang paling best. Sebelah paginya
ada Perasmian Minggu Haluan Siswa di DTC. Dan sebelah malamnya ada Malam
Integrasi di DTC. Malam integrasi ni best juga, sebabnya dimeriahkan dengan
kehadiran Datuk Haji Aznil Nawawi aka Pak Nil iaitu Alumni UM sendiri. Talk
yang diberikan oleh Pak Nil memang best, memberi motivasi, sebabnya beliau
menceritakan kisah hidup beliau dari kecil serta bagaimana dia boleh berjaya.
Serius meriah, dengan setiap kk mempersembahkan cheers masing-masing lah, semua
taknak kalah. Suasana di dewan memang bingit dengan suara penuh semangat dari
setiap kk melaungkan cheers.
Hari keempat juga berlangsung di DTC. Pada hari tersebut
kami semua diperkenalkan dengan SUKSIS dan PALAPES serta berbagai-bagai
taklimat lagi. Hari kelima pula kami ada program di fakulti masing-masing.
Kalau saya, di Akademi Pengajian Islam (API). Di sana, ada taklimat dari
Pengarah API, serta kami diajar untuk mendaftar subjek. Alhamdulillah semua
subjek saya sudah selesai didaftar kecuali subjek Bahasa Arab. Berkali-kali
kami turun naik Pejabat Ijazah Dasar untuk meminta dibukakan kuota tambahan,
tapi masih belum jugak selesai.. Sedih jugak la rasanya. Untuk hari yang kami
free, kelas Bahasa Arab dah penuh kuota. Dan ada juga kelas yang belum penuh
tapi masanya pulak clash dengan kelas lain. Nak ubah jadual takut kita punya
kelas diambil orang pula..huhuhu..semoga hal ini dipermudahkan Allah..
Hari Jumaat 8/9
adalah hari terakhir MHS. Sebelah pagi ada sesi perkongsian daripada Klinik
Kesihatan, Keselamatan, Bendahari, Perpustakaan, Sukarelawan UM dan UMEC. Dan
sebelah malamnya adalah detik yang ditunggu-tunggu. Malam Persembahan dan
Penutup MHS. Pertandingan cheers antara kolej-kolej kediaman dan juga
penyampaian hadiah pertandingan sukan dan seni. Waktu ni memang semua kolej kediaman
berentap habis-habisan melaungkan cheers masing-masing. Bingit memang bingit.
Semua cuba mengeluarkan suara sehabis mungkin. Memang Nampak la semangat
kepasukanan di situ.
*malam penutup MHS
Alhamdulillah ROYAL (KK12) iaitu kolej kami Berjaya
memenangi juara keseluruhan bagi kategori seni. Manakala Dayasari (KK5)
memenangi juara kesuluruhan bag kategori sukan. Dan juara pertandingan cheers
yang ditunggu-tunggu menjadi milik KK2. Memang nampak la semangat diorang tu
melaungkan cheers. Tak apa, walau apapun ROYAL tetap di hati.
Dulu, setelah dapat
keputusan masuk UM, agak tertanya-tanya la bagaimana orientasi berlangsung.
Rasa tak nak join ja orientasi. Biasa la, bila sebut ja minggu orientasi mesti
terbayang-bayang kena ragging dengan fasi-fasi, tak cukup rehat, tidur lewat
bangun awal, makan pun kalut-kalut, mandi tak basah, banyak aktiviti dan
sebagainya. Tapi, bila merasa sendiri bagaimana MHS UM berlangsung, memang
best, banyak pengalaman. Dan yang pentingnya takde la kena ragging sangat pun
terutamanya di KK12 ni. Heheehe..
Cuma, pesan saya yang masih lagi budak freshie ni ialah kita
mesti pandai jaga diri. Kat sini baik dan buruk kita mesti pandai tuk bezakan.
Kalau berkawan tu, pilihlah yang boleh bawa kita kearah kebaikan bukannya kearah kemaksiatan. Ikhtilat lelaki dan perempuan mesti selalu dititik beratkan.
Walaupun kita terpaksa banyak bekerjasama dengan berlainan jantina dan agama
sehabis boleh cuba jaga pergaulan. Cuba
praktikkan apa yang kita belajar agama tak kisahlah walau waktu sek menengah
pun, at least ada juga manfaat yang korang belajar dulu yang dapat korang
amalkan. Alam universiti memang tak sama dengan alam persekolahan. Absolutely,
NOT!
Pesan Ustazah Syukriah, Pensyarah di UM Nilam Puri, pesanan
yang akan tersemat di hati selamanya, InshaAllah :
“Kamu duta Islam, syukurlah kamu. Allah pilih, besar
ganjaran dan besar juga cabaran. Jaga
status kamu sebagai muslimin dan muslimah. Kita join tapi ada had batasannya.
Jangan kita tak bekerjasama tapi tunjukkan Islam itu ada batasan hadnya.”
Sekian wassalam..
No comments:
Post a Comment