Saturday, March 19, 2016

Jom Serbu Mood Republik Kedah 2016 !

ASSALAMUALAIKUM





Niena nak kasitau satu berita baik untuk semua orang utara. Apa dia tu? Ha,  ni cik nak habaq mai kat hampa semua. Festival  Fesyen No.1 Malaysia iaitu Mood Republik akan menjelajah ke Negeri Kedah pada hari Jumaat dan Sabtu minggu hadapan iaitu pada 25 dan 26 Mac ini bertempat di TH Hotel & Convention, Alor Star Kedah. So, kepada semua yang berdekatan dijemput untuk memeriahkan Mood Republik Tour Kedah 2016. Yang dari jauh nak mai pun boleh.  
Dibuka dari jam 10 pagi hingga 12 malam. Terdapat lebih 10 000 free goodies kepada 10 000 yang datang awal sahaja. Terdapat banyak butik terkenal akan turun ke Mood Republik kali ini. Antaranya ialah Rayyanhaya, Calaqisya, Aidijuma, Sugarscaft, Radiusite, Fana Couture dan banyak lagi.

Jadi, apa tunggu lagi. Jom Serbu lekas! Entah bila pula Mood Republik akan ada lagi di utara. 



Untuk maklumat lanjut, sila ikuti instagram @moodrepublik




Dipetik dari ig @moodrepublik :

"PERCIKAN TEMASYA FESYEN NOMBOR SATU MALAYSIA bakal bergema dan bergoncang dalam masa 6 hari lagi. Persoalannya adakah anda cukup bersedia mental & fizikal?

 Kedah terpilih buat kali pertama dalam sejarah sebagai tuan rumah setelah sekian lama kami tidak ke wilayah utara. Satu Alor Star dah banjir dengan Buntings, Billboards, dan Banner bagaikan esok berpilihanraya uolls. "

Thursday, March 17, 2016

Tanda-Tanda Perempuan Yang Baik Maruah dan Akhlaknya

ASSALAMUALAIKUM





Sebagai seorang wanita Islam, kita sememangnya perlu untuk menjaga maruah dan akhlak kita  seperti yang disarankan dlm agama.. Macam mana cara nak jaga maruah? Salah satunya adalah dengan menutup aurat seperti yang telah disyariatkan dlm Islam dan bukannya membalut aurat. Hati-hati dengan term 'menutup' dan 'membalut'.  Ada perbezaan di situ ya.. :-) 

Iman pula menjadi asas bagi pembentukan akhlak yang mulia. Ini bererti iman seseorang itu bergantung sejauh mana penghayatan terhadap akhlak yang mulia seperti menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. Pembentukan akhlak yang mulia mestilah seiring dengan ajaran AlQuran dan AsSunnah. Orang yang berakhlak mulia ialah orang yang sentiasa bertakwa kepada Allah, melakukan kebaikan pada setiap masa dan tempat meskipun mereka berseorangan. Hal ini kerana mereka mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang tinggi serta yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi segala perlakuan mereka.

      Daripada Abu Hurairah R.A berkata, bersabda  Rasulullah SAW, "Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang paling banyak berbuat baik kepada isterinya."
[Riwayat At-Tirmizi]


Antara tanda-tanda perempuan yang baik maruah dan akhlaknya ialah :

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh ujian daripada Allah dan dalam mengerjakan perintahNya, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah.

2. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat dan kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

3. Berakhlak dengan ibu bapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah.

4. Bijak perbualannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumah tangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia. 

Sekian..Wassalam

Wednesday, March 16, 2016

#MUHASABAH [1]

ASSALAMUALAIKUM



Cer try baca..Niena dpt from group wassap...
^_^



Hotel yang sama, bilik yang sama, tetapi dua harga yang berbeza.. Kenapa bayar lebih? Anda boleh mencari hotel ideal anda di Trivago. Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web. Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik. Hotel? Trivago..

Bagaimana pula dengan ini?

Kubur yang sama, tanah yang sama, tetapi dua keadaan yang berbeza. Kenapa dosa lebih? Anda boleh mencari kubur ideal anda dengan taubat nasuha. Taubat nasuha menghapuskan lebih berjuta-juta jenis dosa dengan izin Allah. Anda boleh mencari kubur ideal anda dengan amalan pahala terbaik. Kubur? Taubat nasuha..






Tuesday, March 15, 2016

SPM 2015 : Pelajar Terbaik Negeri Perlis

                                                 ASSALAMUALAIKUM


Apa khabar semua?
Dah lama niena tak berblogging kan? Kalau berblogging pun sempat join GA and segmen ja. Hari tu niena ada cerita laptop akak niena rosak, sekarang laptop abg yang niena tgh guna utk blogging pulak ada masalah. Masalah apakah? Nanti niena cerita dalam entry yang lain. Sekarang kedua-dua laptop tu pun dah selamat masuk 'hospital'..wakaka >"<

Sekarang niena nak cerita pasal result SPM yang baru umum dua minggu lps. Alhamdulillah sekolah Niena, SMKA (P) Alawiyah Kangar Perlis, telah berjaya melahirkan 2 org pelajar yg mendapat straight A+ selama 2 tahun berturut-turut.. Tahun lepas Kak Najwa, tahun ni Ummi Hajidah. She's my classmate. Tumpang bangga jap.. Hahaha :-):-) mabruk 'alaik ya ummi. Kebanyakan pelajar di sekolah niena ambil 11 subjek termasuklah niena. But, Ummi tambah subjek seni, so kiranya dia dapat 11A+ 1A..

Talking about Ummi, she has a good attitude. For me, she is a humble person. Sentiasa merendah diri dengan ilmu yang ada. Ummi jugak tak pernah kedekut ilmu. Bila ada subjek yg Niena kurang faham, especially in addmath, Niena akan tanya dia. Ummi pandai melukis, so mmg sesuailah dia ambik subjek seni..Ummi pandai lukis anime jepun. Cute sangat ^_^

Apa yg Niena nampak dari Ummi ialah, dia seorg yg menghormati guru. Niena tak pernah dengar dia mengata cikgu2. Ye lah, barulah berkat ilmu yg kita dpt kan? Lagi satu Ummi seorang yang focus dlm kelas. Niena jarang tengok dia sembang or tidur dlm kelas. Bukan mcm niena selalu ja mata ni nak terpejam especially time PSI and Sejarah..Hahaha..selalu jugak Niena suruh deskmate Niena, Sabirah cubit tangan Niena, kononnya tak nak kasi mengantuk..hoho..kadang2 berhasil kadng2 tak pun >"<

Ummi dinobatkan sebagai pelajar terbaik negeri Perlis.. Congrates Ummi :-) .. Tahun ni 11 org dpt straight A di sekolah Niena and I'm not one of them.. Nak jugak kutip 2 B.. Tapi, Alhamdulillah Niena syukur sangat dengan apa yg Niena dpt. Dapat result mcm ni pun Niena tak jangka sebabnya waktu exam hari tu rasa mcm banyak buat salah ja :-) Alhamdulillah for everything. Kita dah usaha, hanya Allah yg tahu apa yg terbaik untuk kita. Allah is the Best Planner..

Tunggu enrtry yang lain dari Niena..

Wassalam..

Saturday, March 12, 2016

Bags Giveaway By Penselduabee

ASSALAMUALAIKUM


Jom ramai-ramai join untuk memeriahkan lagi GA nih
(TAMAT :30 MAC 2016 )


*click banner to join

GIVEAWAY DAN SAMPLE PERCUMA

ASSALAMUALAIKUM


Jom ramai-ramain join untuk memeriahkan lagi GA nih
( TAMAT : 29 MAC 2016 )


*click banner to join

GIVEAWAY by RosNordin

ASSALAMUALAIKUM



Jom ramai-ramai meriahkan GA nihh..
( TAMAT : 31 MAC 2016 )

*click banner to join