Friday, January 9, 2015

Permata Paling Berharga



  Seorang petani memiliki sekeping tanah subur di pinggir tasik. Pada suatu hari dia bertemu dengan seorang saudagar d tepi tasik itu. Mereka berbincang panjang di bawah nauangan bayang pokok dan udara segar yang menghembus.

     " Memiliki tanah bukan lambang kekayaan. Kaya sebenar adalah apabila engkau memiliki permata," ujar saudagar itu, sarat berpengalaman." Cukup dengan sebutir permata, engkau mampu membeli sebuah kampung. Bahkan jika engkau memiliki sekarung permata, engkau boleh membeli sebuah negeri!"

       Petani itu mendengar perit, terasa ingin menjerit kesal kerana dia tidak memiliki kekayaan itu. Dia marah pada dirinya sendiri. Akhirnya dia membulatkan tekad untuk menjual tanah itu kepada jirannya. Ia sebagai bekal untuk mengembara ke serata dunia bagi mencari permata berharga. Dia ingin kaya dan memiliki segala-galanya. Adakah dia berjaya memperoleh apa yang dihajatinya?

      Setahun berlalu, malangnya apa yang dicarinya tidak ditemui. Bahkan segala usahanya musnah, seluruh wangnya habis, tenaganya kian merosot. Hari ini dia berdiri sebagai seorang papa, dia tidak mempunyai apa-apa lagi.
      
      Dengan penuh sugul, dia menggalas beban sesal dan pulang ke kampung halamannya. Berjumpa kembali dengan semua orang yang dikenali, termasuklah pembeli tanahnya dahulu. Alangkah terkejutnya dia, jirannya yang telah membeli tanahnya dahulu, pada hari ini adalah seorang jutawan ternama dan mempunyai harta bernilai kekayaan sebuah negeri....kenapa jadi begini?

      Jirannya kaya kerana rupa-rupanya permata ada tertanam di dalam tanah yang dijualnya. Dia hanya mampu memerhati tanah subur di tepi tasik itu dengan pandangan kosong. Hatinya berkecai bagai kristal yang terhempas, berderai; tangisan darah sekalipun tidak akan mampu mengubah apa-apa.

     Seperti kisah petani malang di atas, begitulah kita, umat Islam pada hari ini, mudah merasa rendah diri dan berasa tidak memiliki apa-apa yang berharga. Justeru, kita sanggup menggadai apa sahaja demi mencari permata berharga di serata dunia, timur ataupun barat. Kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya memiliki sesuatu paling berharga ; sekeping tanah yang tersimpan permata yang mampu membeli seluruh isi dunia hatta syurga di akhirat nanti. Tanah itu adalah agama dan permata itu adalah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam ; seorang Utusan Allah yang sering dilupakan oleh umatnya sendiri, lagunya tidak didendangkan, melodinya tidak didengari lagi. 



     Secara jujur, perhatikanlah kepada ajaran yang ditinggalkan oleh Baginda, di sana ada khazanah yang sangat mahal harganya. Islam yang diwariskan itu lengkap daripada struktur akidah, binaan syariah sehingga keelokan akhlak dan budi pekertinya.

      Keadaan kita sama seperti kanak-kanak yang membeli jajan, terpengaruh dek promosi di televisyen dan warna pembungkusnya yang berwarna-warni, sedangkan makanan itu hanya seperti hampas; tiada zat, tidak bergizi! 

      Apa yang diperlukan oleh umat Islam kini adalah menggali agamanya dengan pembajak iman dan cangkul ikhlas, membersih dan menggilap ilmunya serta tekun menghayati kesyumulannya, melestarikan amalannya di samping, dengan pasti memperelokkan budi pekertinya. Kajayaan bakal menjadi milik kita seperti yang pernah dikecapi oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasaalam dan para sahabat.Kebutaan kepada hakikat ini menjadikan kita semua kelihatan seperti tidak memiliki apa-apa, melainkan hanya nostalgia lampau yang tersemat dalam kitab-kitab tua, dibaca oleh bubuk-bubuk.

Wallahu'alam...

-Majalah Q&A -

Thursday, January 1, 2015

Rindu Nak Kawad !


Rindu. Rindu nak kawad. Tapi tahun depan merupakan tahun yg sibuk. Sibuk dengan kelas tambahan, tuisyen luar..Nak SPM katakan..Serius sebelum ni niena tak pernah join aktiviti kawad, Tapi, sejak masuk form 1, geng-geng sekolah rendah kebanyakan masuk Kadet Bomba. Macam la tak tau, kalau dah masuk Kadet Bomba, sah-sahla kena kawad kan? Okey, kawad! Kawad ja, bukan nak masuk pertandingan, ye dok? tahun pertama masuk, tak da apapun, just kawad asas biasa-biasa ja. Bila niena masuk form 2, akak-akak senior cakap ada pertandingan kawad peringkat kebangsaan. Kami pun berlatih la kawad,  sebab nak hantar wakil sekolah lawan sekolah-sekolah lain. tapi time tu, tak dak rezeki lagi so, tak terpilih..tapi serius niena tak sedih sebab tak terpilih. Pelik kan ? Haha, sebabnya niena bukannya minat sangat lagi dengan kawad-kawad ni. Bila masuk form 3, ada pertandingan kawad badan beruniform peringkat negeri. Ramai la kawan niena yg masuk. So, niena pun join la sekaki. Memandangkan sekolah niena semuanya perempuan, jadi kami masuk dalam kategori perempuan. Tak kan nak masuk kategori lelaki pulak? Hoho..berlatih punya berlatih dapat la tempat kedua per tiga. Sebab ada tiga kontingen ja..Huhu..kiranya menang pun tidak, kalah pun tidak..

Ni setempek gambar kontingen kami.



Pastu bulan Mei atau Jun, niena tak pasti, yang pastinya niena dengan 9 orang kawan lain terpilih ke kem Kadet Bomba peringkat negeri Perlis untuk pilih peserta Kadet Bomba ke peringkat kebangsaan. Ada macam-macam pertandingan seperti kawad, ikatan tali, dll..Kem tu teramatlah best! Lasak tu memang lasak..Kena meniarap atas tar la pukul 2, 3 pagi..haha..tapi memang best, Tapi sekolah niena, akak-akak form 4 yg terpilih sebab kami yg form 3 ni nk PMR time tu, so terpaksalah lepaskan peluang tu..huhuhu...Start pergi kem tu la, niena rasa best ja kawad ni. Sampaikan dalam rumah pun still berkawad..Hahaha..

Naik form 4, kami masuk pertandingan kawad sempena hari belia dekat JPAM Negeri Perlis. Mula-mula niena tak nak sertai sebab takut burn muka..Tapi kawan-kawan lain semua semangat nak masuk. Niena pun dengan hati rela tak rela, join la jugak. Muka burn ka apa ka, tu semua tolak tepi. Nanti semua orang semacam ja, bukan niena sorang. Mak niena cakap, nanti lama-lama hilang la burn tu..Okey, sedap la sikit hati nih..Lagipun, time ni la masa nak kutip markah koko. Hoho..Ada pelbagai badan beruniform yang sertai. Tapi kali ni, tak da kategori lelaki atau perempuan, campur semua..Kontingen Kadet Bomba sekolah niena dapat tempat kelima per sembilan. Lawan dengan orang lelaki kot. Okey la kan..tak menang, tak kalah jugak..tengah-tengah ja. Lagipun orang lelaki kawad lagi terbaik..Tempat pertama dimenangi kontingen Kadet Bomba Al-Maad. Mereka kawad memang superb! Best ja tengok..

Sebelum penyampaian hadiah, kami disuruh beratur elok-elok, nak tangkap gambar. Hasilnya seperti di bawah ni lah..


Tahun depan, eh silap-silap, hari ni dah masuk 2015 kan, so tahun ni, SPM. Banyak komitmen la..Kalau nak join pertandingan kawad, mesti kena pandai bahagi masa. Tapi tahun ni, rasa macam tak nak join pertandingan kawad lagi dah, tapi join Kadet Bomba tu mesti! Cuma pertandingan ja dak..tapi tengok dulu macam mana..Hehe..
Rindu nak Kawad ! Rindu Kadet Bomba ! :)